Kepimpinan Melalui Teladan

Saturday, April 11, 2009

Gambar hiasan2007.Barisan ketiga, saya. Dan sebelah kanan saya
sahibulbait Ustaz Sayed Umar Abdullah as-Syathiri bersama-sama
dgn pelajar- pelajarnya di halaqah yang diadakan di rumah beliau
di Subang Jaya.Bersyukur kpd Allah kerana mempertemukan saya
dengan beliau setelah sekian lama berpisah. Kemana tumpah kuah
kalau tidak ke nasi. Almarhum abahnya seorang ulamak yang tersohor
di Singapura. Pernah menjadi guru kpd saya, waktu saya belajar
di Aljunid Singapura. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh almarhum.Ameen.
Sayed Umar pernah berkubur di bawah runtuhan rumah yang disewanya
beberapa hari ketika rumah yang disewanya runtuh waktu belajar di Madinah.
Ramai pelajar yang menemui ajal termasuk tiga orang pelajar dari Singapura

Juma’at 14 Rabiulakhir 1430 bersaman dengan 10 April 09, saya tidak ada pilihan lain melainkan solat Juma’at di Surau Hijrah yang berhampiran dengan Kota Kemuning Hill, Shah Alam. Jaraknya tidak jauh dari tempat saya tinggal,lebih kurang 10 minit sahaja dengan menaiki kenderaan kereta. Tajuk khutbah Juma’at Khatib pada hari yang tersebut ialah kepimpian melalui Teladan. Di antara kandungan khutbah Jumaat tersebut adalah seperti berikut:

Tidak ada kepimpinan yang terbaik melainkan kepimpinan Rasulullah saw sebagaimana di tegaskkan oleh Allah swt dalam surah:al-Ahzab:21 yang mafhumnya, "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik.”

Kepimpinan yang berlandaskan keimanan kepada Allah serta menghayati sunnah Rasululllah saw mampu mendekatkan pemimpin dengan masyarakat dan mampu menjalinkan hubungan yang harmoni dengan semua peringkat masyarakat. Dengan yang demikian menyebabkan rakyat menghormati dan menyanjung pemimpin berkenaan. Rasulullah saw telah mewariskan model kepimpinan baginda kepada para sahabat dan umat seluruhnya.

Saidina Umar Ibnul Khattab telah menterjemahkan kepimpinan Rasulullah saw ketika menjadi Khalifah makanya beliau sangat disayangi oleh rakyatnya kerana tanggungjawabnya yang luar biasa. Di dalam suatu peristiwa ketika beliau sedang meronda di sekeliling kota pada waktu malam untuk meninjau kehidupan rakyatnya, beliau terdengar tangisan kanak-kanak yang sedang kelaparan, sedangkan ibunya tidak mempunyai apa-apa untuk dimasak. Ibu tersebut terpaksa berpura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk supaya anak itu akan berhenti menangis.

Melihat suasana yang menyayat hati itu, maka Khalifah Umar Ibn Khattab telah membawa beberapa guni gandum dan memasak sendiri untuk ibu dan anak yang kelaparan tadi. Perbuatan Khalifah Umar Ibnu Khattab mendapat pujian dari wanita tersebut tanpa mengetahui bahawa orang yang menolongnya tadi adalah pemimpin besar Islam yang disegani ketika itu. Kita yakin sikap bertanggungjawab pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab sudah pasti dihormati, disanjungi dan disayangi oleh rakyat. Hakikatnya semua manusia adalah pemimpin sebagaimana ditegaskan oleh sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan darihal pimpinannya.”

Ciri-ciri seorang pemimpin.

1.Berpegang teguh dengan dasar hidup dan dasar perjuangan yang benar. Dalam konteks umat Islam mestilah mereka yang berpegang teguh dengan akidah dan perjuangan Islam sebenar. Mereka bukan pengikut fahaman ’asabiah jahiliah atau fahaman Islam Liberal atau fahaman selain daripada Islam sebagaimana firman Allah dalam surah:Az-Zukhruf:43:43 yang mafhumnya, "Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.”

2. Penghayatan budaya Ilmu Syarat ini perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar sebagai pemimpin. Segala tindak tanduk dan corak kepimpinan mestilah bersandarkan ilmu lebih-lebih lagi dalam suasana cabaran globalisasi hari ini. Firman Allah dalam surah:Az-Zumar:39:9 yang mafhumnya, "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”

3, Mengikut syari’at dan akhlak islam, seorang pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan Islam dan boleh terus memegang kepimpinan selagi ia mengikut perintah Allah swt. Semasa mengendalikan urusannya ia mesti patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan rakyatnya. Firman Allah dalam surah al-Ahzab:33:36 yang mafhumnya, "Dan tidaklah wajar bagi lelaki dan perempuan mukmin apabila Allah dan Rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah wajar mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak ta’at kepada hukum Allah dan Rasulnya sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

4. Keterbukaan dan menerima pandangan yang baik. "As-samahah" iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan, bersedia mendengar, menerima pandangan, berbincang, menerima teguran dan mengamal pentadbiran dengan cara muwafakat dan mesyuwarah. Sebagai pemimpin ia memiliki keyakinan diri, kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandangan dan saranan orang lain sebagaimana mafhum dari firman Allah dalam surah az_zumar:39:18, "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah swt dan mereka itulah orang-orang yang berakal.”

5. Pemimpin yang santiasa bermuhasabah. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya. Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk melihat kejayaan yang boleh dipertingkatkan. Saidina Umar RA berkata,yang mafhumnya, "Hisablah diri kamu sebelom kamu dihisab.”

6. Pemimpin yang sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang prihatin terhadap kepentingan rakyat umum. Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan kepentingan umum. Firman Allah dalam surah al-Hasy:59:9 yang bermaksud, "Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kekurangan dan amat berhajat. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabi’at bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."

Tip Orang Yang Paling Bahagia

Friday, April 10, 2009

Gambar hiasan. Di kiri saya Sdra.Nai'm. Di kanan saya sdra. Azrul. Sebelah kiri
Azrul sdra.Khairul. Terima kasih kerana bersilaturrahim ke rumah ustaz pada
9hb April 09, Khamis mlm Jumaat

Dr. ’Aidh Al-Qarni telah menyenarai tak kurang daripada 700 tips untuk menjadi orang yang paling bahagia. Di antara:

Mariati Roslan sebelah kiri Syifa. Di kanan Syifa Bonda Hajah Husna
dan paling kanan saya.
Terima kasih kpd Mariati kerana sudi ziarah
ke pondok ustaz.

  • Keimanan menghapuskan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah kesengan yang diburu oleh orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang yang ahli ibadah.
  • Terimalah Qadha yang telah pasti dan rezeki yang telah dibagi itu dengan hati terbuka. Segala sesuatu itu ada ukurannya. Kerananya ,enyahkan kegelisahan.
  • Jangan menanti terima kasih dari sesama manusia. Cukuplah pahala dari Zat yang bergantung kepadaNya sesuatu. Tak ada yang harus anda lakukan terhadap orang yang membangkang,mend dan mendengki.
  • Bersihkan jiwa dari dengki dan jernihkan dari iri.Keluarkan penyakit permusuhan dan perkecokan dari dalam jiwa.
  • Buku adalah temanan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku,bersahabatlah dengan ilmu,dan bertemanlah dengan pengetahuan.
  • Alam Raya ini di bangunan di atas sebuah keteraturan. Kerana itu ,pakaian, rumah,meja dan kewajipan anda harus dikerjakan dengan rapi.
  • Anda harus berjalan-jalan dan berolah raga Jauhilah kemalasan dan ketidakberdayaan. Tinggalkanlah kekosongan dan pengangguran.
  • Jauhilah dan kurangi makanan makanan perangsang misalnya, kopi dan teh dan hati-hatilah terhadap rokok,syisya dan yang lainnya.
  • Ingatlah, bahawa Rabb sangat luas ampunannya, menerima taubat,mengampuni hamba-hambanya dan menggantikan kejahatan dengan kebaikan.
  • Hiduplah bersama al-Quran, baik dengan cara menghafal,membaca,mendengarkan atau merenungkannya. Sebab ini merupakan ubat mujarrab untuk mengusir kesedihan dan kedukaan.
  • Bacalah secara berulang-ulang la hawla wala quwwata illa billahi,kerana bacaan ini akan membuat hati menjadi tenteram,memperbaiki keadaan, membuat yang berat menjadi ringan, dan membuat Yang Maha Kuasa menjadi redha.
  • Perbanyakkanlah membaca istighfar, sebab dengan istighfar akan ada rezeki, akan ada jalan keluar, akan ada keluarga, akan ada ilmu yang berguna, akan ada kemudahan dan akan ada penghapusan dosa.

Tuesday, April 7, 2009

Gambar Hiasan. Demonstrasi pelajar-pelajar Melayu Kaherah Mesir 1967
kerana perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan. Seingat saya memorandum yang dihantar kepada
pemimpin negara ditulis dengan tinta darah. Saya sedang memegang pembesar
suara dan di sebelah kiri saya barisan ketiga terakhir Dato' Dr Mahfuz Muhamad,
Pesuruhjaya PAS Johor Bahru sekarang.

Pada Hari Isnin 6 April 09, kira-kira jam 11.30 pagi saya dengan ditemani oleh keluarga saya pergi ke Pejabat Tabong Haji Kelana Jaya kerana ada urusan. Sementara menunggu giliran, saya mengambil bahan bacaan yang disediakan oleh pihak Tabong Haji untuk mengisi masa kosong saya sementara menunggu giliran saya. Masa kosong kalau tidak dimanfa’atkan membuat fikiran boleh merawang entah ke mana seperti layang-layang putus tali, ibarat kereta tanpa pemandu yang boleh mengundang kegelisahan, gundah gulana dan rasa cemas. Penantian itu satu penyiksaan. Kata Dr. Aidh Al-Qarni, “Bunuhlah setiap waktu kosong itu dengan pisau kesibukan. Dengan cara itu itu,para doctor memberi jaminan bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan”.

Bahan yang saya pilih untuk mengisi masa kosong tersebut ialah majalah Taqwim Bulan Dakwah 2009 terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bila membacanya sedar tak sedar, rupanya Bulan Dakwah yang dilancar pada tahun 1978 yang saya sendiri terlibat secara langsung sebagai Setiausha bersama pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Negeri dahulu, sudah menjangkau usia 30 tahun.

Pelancarannya berlangsung di Masjid Negeri, sejurus Solat Suboh. Sambutan penduduk setempat sungguh luar biasa. Masjid penuh sesak dengan Jemaah, sehingga melimpah ruah ke luar Masjid dan infaknya pada ketika itu amat terasa kerana ia digerakkan oleh semua pegawai dan kakitangan, dari peringkat atasan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi hinggalah ke peringkat bawahan. Di peringkat Bahagian Pengerusinya Residen, manakala di Peringkat Daerah, Pengerusinya Pegawai Daerah, demikianlah seterusnya.

Secara kebetulan Bulan Dakwah di perinkat Negeri pada ketika itu, hampir dengan masa pilihanraya negeri. Keikhlasan saya pada ketika itu telah diragui oleh beberapa orang politikus dengan anggapan, saya telah mempergunakan pensyarah-pensyarah yang dijemput dari Semananjung Malaysia untuk kepentingan parti pembangkang dan sampai kedengaran ke telinga saya bahawa nama parti pembangkang itupun saya yang menamakannya kerana kebetulan namanya sama dengan nama majalah Fajar, terbitan pertubuhan yang saya anggotai sewaktu saya belajar di luar Negara dahulu. Keraguan mereka terhadap pensyarah-pensyarah Bulan Dakwah di atas, cair dengan sendirinya setelah pihak yang berkenaan mendapat laporan Pengerusi Bulan Dakwah Peringkat Bahagian bahawa ceramah yang disampaikan oleh pensyarah berkenaan tidak ada yang berbau politik sedikitpun. Alhamdulillah

Sebagai Warga Malaysia penganjuran Bulan Dakwah tersebut patut dialu-alukan kerana tujuannya baik iaitu untuk menyedarkan, membimbing serta mengajak orang ramai terutamanya golongan belia dan remaja, untuk bukan sahaja menghayatinya malah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya. Berbagai-bagai kaedah dan pendekatan digunakan utuk penyampaian dakwah telah dirangka oleh pihak penganjur, samada dengan pandekatan tradisional saperti ceramah, syarahan seminar dan seumpamanya atau bukan kaedah tradisional seperti kembara motorsikal, carnival halal, khidmat masyarakat dan lain-lain lagi.

Bulan Dakwah yang dikaitkan dengan Bulan oleh pihak Pengajur bersama Jais dan Yadim tujuannya agar sepanjang Bulan Dakwah itu dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan dakwah dan menyeru seramai mungkin orang ramai terlibat dalam program dakwah dan seterusnya selepas berlalunya bulan tersebut ia terus membakar semangat berdakwah sehingga menjadi budaya hidup dan sebagai pekerjaan yang profesional oleh masyarakat, yang mana peranannya tidak kurang pentingnya dibanding dengan pekerjaan yang lain di dalam membangun Negara.

Kepada mana-mana agensi yang dipertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam dan ada kemudahan peruntukan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau badan bukan badan kerajaan tetapi mempunyai sumber kewangan, perlulah mendepani kegiatan dakwah samada, ada Bulan Dakwah atau sebaliknya samada yang bersifat tradisional atau sebaliknya.

Setengah-setengah surau di sekitar dalam Bandar dan belum lagi diluar Bandar, agak lesu dengan kegiatan-kegiatan dakwah yang bersifat traditional seperti ceramah/syarahan agama/majlis tafaqquhfiddin/majlis taklim dan seumpamanya. Saya fikir pihak yang berwajib berupaya mengembelingkan tenaga para asatizah yang bertugas di bawah Jabatan Pendidikan untuk mengisi majlis-majlis yang tersebut di atas selepas solat Maghrib.

Memandangkan hubungan yang baik pihak yang berwajib dan Jabatan Pendidikan perkara kerjasama dalam kegiatan dakwah tentunya tidak mustahil dan tidak menjadi keberatan JP memberi kebenaran asatizah mereka mengisi program seumpama ini atau pihak yang berwajib berhubung dengan Persatuan asatizah, yang kalau tak silap saya, saya difahamkan ada, tetapi tidak berdaftar secara rasmi. Sekiranya pandangan ini diterima dengan baik, saya kira sebahagian besar surau-surau di sekitar Bandar, akan riuh rendah dengan majlis ilmu.

Begitu juga saya dapati para asatizah yang sedang bertugas di bawah Jabatan pihak yang berwajib, masih ada yang belum mengisi majlis taklim di Surau-surau selain daripada menjalankan tugas rasmi sahaja. Seolah-olah tugas agama ini hanyalah bersifat rasmi sahaja. Mudah-mudahan pihak yang berwajib dapat membangunkan mereka dari kealpaan ini dengan menjadikan aktiviti mereka sebagai prestasi yang diambil kira dalam rekod perkhidmatan mereka. Bagi mereka yang bersedia untuk mengisi majlis taklim diharap pihak yang berkenaan tidak keberatan menghulurkan sedikit saguhati sebagai perbelanjaan pengangkutan dan sebagai pengiktirafan di atas jasa dan pengorbanan masa dan tenaga mereka. Kewangan bukan menjadi masalah. Sumbernya tentu banyak…………. Konsep lillah hendaklah diletakkan ditempat yang sewajarnya.

Saya percaya tanggungjawab kita bersama terlalu berat dan terlalu banyak. Jangan kerana terlalu konsenterasi dengan perancangan jangka panjang, sehingga terabai dan terlepas pandang dengan rancangan jangka pendek. Di samping rancak dengan program penyebaran ilmu dan maklumat yang dalam istilah dakwah masih berada di peringkat takrif tetapi mengabaikan peringkat takwin tidak memungkin lahirnya mujahid-mujahid dakwah Yang afdhalnya ia hendaklah di jalankan secara serentak. Wallahu aklam bissawab. Shah Alam.

Musibah Nyaris Menimpa ke atas diri saya

Monday, April 6, 2009

Dalam perjalanan pulang dari Ekosave Pasar Raya di Kota Kemuning pada petang 2hb mac 09 kira-kira 4 lebih petang, setelah membeli barang keperluan dapur bersama-sama dengan keluarga, tiba-tiba berhadapan dengan cuaca yang kurang baik di mana sebelUmya tidak sedemikian. Tiba-tiba ia berukar sebaliknya. Langit mendUng, diikuti dengan kilat dan petir sabung menyabung serta angin bertiup kencang, daun pokok bergugur-guguran di jalan raya.

Naluri fitrah semula jadi manusia terpanggil dengan sendirinya bila menghadapi kesulitan, lalu memOhon doa dari Allah swt agar di selamatkan dari musibah tersebut, maka terhamburlah doa dari kami sekeluarga termasuklah doa bila berhadapan dengan hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Doa ketika hujan turun dengan lebat doanya, "Allahumma Saiyiban Na’fian” tiga kali dan doa ketika kilat dan guruh, "Allahumma Lataqtulna Walatuhlikna Bia’azibika Wa’afina Qabla zaalika”.

Kira-kira tujuh minit lebih kurang dalam perjalanan pulang, cuaca kembali seperti sedia kala, hanya hujan masih turun renyai-renyai membasah bumi. Bila sampai di seksyen 31, Jalan Anggerik Aranda Kota Kemuning seperti biasa juga kami sekeluarga coba meletak kereta di hadapan kedai phamarsi untuk membeli ubat. Tempat tersebut memang tempat biasa kami meletak kereta kerana terlindung dari panahan matahari kerana terdapat deratan pokok di situ. Apa yang terjadi, rupanya sebuah kereta jenis Proton Saga yang terletak di bawah pokok tersebut telah di hempap oleh sebatang pokok. Tragedi tersebut sempat saya ambil gambarnya dan saya abadikan dalam blog ini seperti yang anda lihat di atas.

Alhamdulillah tragedi tersebut tidak menimpa keluarga kami sebenarnya dengan takdir dan ketentuan Allah swt. Selagi Allah tidak mengizinkan dan menyertainya, ia tidak akan berlaku. Sama juga dengan perancangan jahat manusia ke atas hamba manusia yang lain, kalau Allah tidak memperkenankannya ia tidak akan berlaku sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata, "Aku pernah duduk di belakang Rasulullah saw, pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku, "Wahai anak!, sesungguhnya aku mahu mengajarkan kau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan pelihara mu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka mintalah dengan Allah. Apabila engkau minta pertolongan maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul memberikan manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan mu manfa’at kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat nescaya mereka tidak mampu memudharatkan mu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah tentukan untukmu. Pena telah diangkatkan dan lambaran telah kering dakwatnya”.

Namun demikian segala takdir Allah yang telah termaktub dalam luh mahfuz boleh dielak dengan izin Allah swt juga, iaitu dengan amal salih, sebagaimana hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sadaqah itu dapat menolak bala’ Allah swt." HR Termizi. Begitu juga ia boleh dielak dengan izin Allah juga melalui doa yang kita baca. Doa ini selain banyak terdapat dalam kitab-kitab yang lain, juga terdapat dalam kumpulan Makthurat yang dipetik daripada alquran dan hadis kemudian disusun atur melalui urutan nombor oleh As-Syahid Hassan Albanna. Al-makthurat ini pun sudah ada kedengaran tuduhan ianya termasuk perkara yang bida’ah. Di antara doa yang disarankan oleh Rasulullah saw kita membacanya adalah "Bismillah hillazi La Yadhuru ma’as mihi syaiun fil ardhi wala fis sama’aie Wahuwas sami’ul ’alamin” Ertinya dengan nama Allah, tidak dapat sesuatu pun yang memberi mudharat di bumi dan tidak juga di langit kepadaku dengan berkat namanya, dan Allah amat mendengar lagi amat mengetahui.” Kelebihan doa ini ada diriwayatkan daripada Uthman bin Affan RA mana-mana hamba Allah yang membacanya tiap-tiap pagi dan tiap-tiap petang hari sebanyak tiga kali maka tidak akan dibahaya akan dia oleh sesuatu apa juapun. Hadis ini riwayat Abu Daud dan tirmizi. Wallau aklam bissawab.

Berfikiran Positif Terhadap Allah

Sunday, April 5, 2009

Gambar hiasan. Sebelah kanan saya Allah Yarham Us. Hj Abd Wahab Hj Zakaria,
mantan Pensyarah UTM. Sebelah kanan saya, Sayed Isa bin Smith,Mufti Negara
Republik Singapura sekarang ini dan sebelah kanan Mufti,
Prof. Dato Hj Abd. Shukor Hj Husin,Naib Canselor University Sains Malaysia,
Merangkap Pengeusi J/K Fatwa Kebangsaan Malaysia

Bila melakukan amal ibadat bukan sahaja pahala yang dikejar dan yang dicari tetapi juga pengajarannya agar dapat mencorak pemikiran dan seterusnya tindakan kita namun ia perlu difahami, dihayati dan diamalkan. Dengan cara yang demikian baharulah amalan ibadat tersebut terasa kemanisannya dan sekaigus dapat membentuk akhlak yang mulia dengan Allah swt, dengan sesama manusia dan juga dengan alam persekitaran. Perkara yang cuba diketengahkan DewanSyura kali ini ialah zikrullah yang selalu kita baca setiap kali selepas solat. Malah ia juga selalu kedengaran melalui siaran Radio, Tv, Cd, Dvd dan lain lain-lagi iaitu Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallalahuakbar. Apakah ianya sebagai hiburan dan halwa telinganya sahaja?

Dalam sebuah hadis dari Amru bin Sy’aib daripada bapanya dan daripada datuknya R.Anhum berkata dia, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa mengucap SUBHANALLAH seratus kali di pagi hari dan seratus kali pada waktu petang adalah sama dengan berbuat haji seratus kali haji dan sesiapa yang mengucapkan ALHAMDULILLAH seratus kali di waktu pagi dan seratus kali pada waktu petang adalah sama dengan dia menyerang dengan seratus kuda untuk sabililllah atau seperti dia berperang seratus peperangan dan sesiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH seratus kali waktu pagi dan seratus kali waktu petang maka kelebihannya sama dengan orang yang memerdekakan seratus orang hamba dan siapa yang mengucapkan ALLAHUAKBAR seratus kali waktu pagi dan dan seratus kali waktu petang tidak ada orang yang lebih pada hari itu daripada yang dia lakukan malainkan apabila dia mengucap saperti itu atau lebih daripada itu. (HR. Tarmizi)

Huraian

Subhanallah Ertinya: Mahasuci Allah swt dari segala sifat kekurangan sama ada dari segi zatnya, sifatnya maupun dari segi perbuatannya. Dengan kata lain melalui pengucapan Subhanallah itu, Rasululullah saw mengajar kita supaya membebaskan hati kita, fikiran dan perasaan kita dari sebarang perkara yang negatif terhadap Allah swt. Pengucapan dan penegasan tentang sifat kamilnya Allah itulah yang sering kita ulangi setiap kali kita mengakhiri doa dengan ungkapan surah as-saffaat:37 ayat 180, "Subhana rabbika rabbil ’izzati ’amma yasifuun" yang mafhumnya "Mahasuci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan." Hal yang sama juga terdapat dalam Surah as-saffaat:37:109 dan surah:al-hasyr:59:23.

Memang wajar zikir subhanallah tidak kering diucap oleh bibir mukmin yang bergelar ulul albab iaitu mereka yang berakal fikiran, yang memahami apa yang tersurat dan tersirat, yang selalu zikir kepada Allah swt pada setiap sa’at samada ketika berdiri, duduk, mau pun ketika berbaring sambil memikir dan memerhatikan serta merenungkan kejadian alam raya. Setelah memerhati dan merenung dengan mendalam tentang alam raya itu mereka tanpa ragu dan dengan penuh keyakinan membuat kesimpulan, "Rabbana ma khalaqta haaza baathila, subhana faqina ’azabannar" (S: ali’Imran:190-192) Mafhumnya: Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Semakin maju ilmu sains dan teknologi semakin terserlahlah kebenaran firman Allah yang tersebut di atas baik yang menyangkut paut dengan kejadian ciptaan manusia, makhluk-makhluk Allah yang lain atau hukum hakam halal dan haramnya samada yang berbentuk perintah atau tegahan. Begitu juga tentang sistem ekonominya, politiknya, pendidikannya, kemasyarakatnnya dan seumpamanya, semuanya sempurna. Jadi pengucapan Subhanallah, menolak secara total semua perkara negatif yang tidak layak bagi Allah swt. Maka wajarlah zikir Subhanallah diiringi dan digandingkan dengan ucapan Alhamdulillah sebagai bukti bukan sahaja fikiran kita perlu menolak segala yang negatif tentang Allah malah fikiran kita juga mesti positif terhadapnya. Di antara adab berdoa memulainya dengan alhamdulillah dan disudahi dengan alhamdulillah sebagaimana fiman Allah swt dalam surah:Yunus:10:10.

Pengajaran

Pengajaran dari tahmid/alhamdulillah bukan sahaja sebagai tanda syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan Allah ke atas hambanya yang tidak terhingga banyaknya itu, malah ia sekaligus mendidik kita supaya optimtis di atas takdir yang akan menimpa kita, tidak kira baik atau buruk. Buruk pada pada pandangan mata kasar kita sebaliknya ia baik pada Allah swt kerana Allah sahaja yang tahu segala rahsia dan hikmatnya. Bagi orang sufi apa yang didatangkan oleh Allah swt, semuanya baik sekalipun ia kelihatan buruk Sebab ianya datang dari Allah swt. Lantaran itu hati mereka sentiasa tenang dalam situasi macam mana sekalipun. Dengan kata lain, zikir tahmid/alhamdulillah, mendidik kita juga supaya jangan berputus asa bila menerima musibah kerana sikap putus asa adalah sifat orang kafir (S:Yusuf:12:87) Sebaliknya ucapkanlah Alhamdulillah juga sebagaimana ucapan kita bila menerima perkara yang baik dari Allah swt.

Dengan memahami dan meresapkan makna tasbih/subhanallah, kemudian diiringi dengan ucapan tahmid/alhamdulillah menanamkan dalam jiwa kita sikap yang positif, optimis, dan penuh harapan kepada Allah swt bagi masa depan kita. Lantaran itu ucapan tasbih dan tahmid dapat menjadi sumber kekuatan rohani bagi menghadapi karenah pasang surut kehidupan ini; seperti keadaan ramalan cuaca yang tidak pasti, yang kadangkala, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujang di tengah hari.

Dengan pandangan yang positif dan optimis kepada Allah, menurut Dr Nurkhalis Majid kita memperolehi sumber energi dan keghairahan hidup ini, pada urutannya, akan membuat kita lebih mampu mengatasi masalah-masalah kita. Kerana itu, iman kepada Allah membuat kita tabah, dan tidak mudah patah semangat dalam perjalanan hidup ini.

Apabila zikir tasbih/subhanallah dan zikir tahmid/alhamdulillah, diikuti pula dengan zikir takbir/Allahhu Akbar(Allah Maha Besar) maka ia memperkuatkan lagi azam dan tekad kita untuk mengharungi lautan hidup ini. Ia seolah-olah semacam pengisytiharaan dan pernyataan: Semua halangan, betapapun besarnya, dapat kita atasi dengan hidayah dan inayah Allah yang Maha Besar, sebab yang lainnya semua kecil belaka. Inilah janji Allah dalam surah at-Thalaq:65:2 yang mafhumnya, "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.”

Justeru, ucapan tasbih, tahmid dan takbir kalau difahami dan dihayati dengan mendalam ia dapat membentuk fikiran kita agar berfikir secara positif tentang Allah dan seterusnya terus maju kehadapan bersama-sama dengan Allah swt.

Wallahu aklam bissawab.

Baca Jangan Tak Baca:Bongkar Kalimah Allah dalam Bible dan risalah gereja…

Apakah Sebenarnya Agenda Kristian Menggunakan Nama Allah Dalam Kitab Bible dan Risalah-Risalah mereka?

Mari kita ikuti penjelasan Haji Mohd.Farhan Abdullah Al-Hafiz @ Pastor Yohanes mantan penganut Kristian Ortodoks dalam majalah AL-ISLAM, keluaran April/Rabiulakhir 1430H.

Menurut Ustaz Farhan, penganut Kristian Ortodoks yang berpegang kepada Bible Perjanjian Lama (The old Testament), memang menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka, tetapi tidak di dalam Bible Perjanjian Baru (The New Testament) yang menjadi pegangan penganut Kristian Katolik, Lutheran, Anglikan dan lain-lain.

Bagaimanapun, sedar atau tidak, sememangnya golongan Kristian di Negara ini yang bukan bermazhab Ortodoks, telah pun menggunakan nama Allah termaurasmikan di dalam Bible mereka. Cuma hari ini, perbahasan timbul apabila mereka mahu menjadikan penggunaan nama Allah itu sebagai Tuhan mereka secara rasmi melalui undang-undang Negara,

Ustaz Farhan, menjelaskan perbezaan penggunaan kalimah oleh orang Islam dengan Kristian. Dalam ayat pertama surah al-Ikhlas disebut; "Katakanlah (Muhammad) Dialah Allah, Yang Maha Esa." Kita orang Islam menggunakan kalimah Allah sebagai Rabbul Jalil, Allah itu satu dan dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang mendengar suara yang lantang, “ELI ELI(Tuhan) menggapa engkau tinggalkan aku”.

Sehubungan dengan ini ustaz Farhan telah membangkitkan persoalan kepada Padery Jeery, mengapakah timbulnya perbezaan ini? Satu menggunakan Tuhan dan satu lagi menggunakan Allah? Apakah kerana terdapatnya perbezaan pandangan dan kekeliruan di kalangan penganut Kristian sendiri? Hal ini juga menurut Ustaz Farhan, akan menimbulkan kekeliruan tambahan pula jika ada yang baru ingin mempelajari serta mendalami agama Islam. Mereka yang membaca(Kejadian 1 ayat 1-3), sudah pasti akidahnya akan terpesong jauh.

Persoalannya menurut Ustaz Farhan, bagaimana orang Kristian hendak menggunakan kalimah Allah, sedangkan dalam masa yang sama mereka masih bertuhankan Jesus?. Apakah amalan agama dan akidah yang mereka bawa itu sama dengan perintah Allah kepada Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga Nabi Muhammad s.a.w? Apakah wajar mereka menggunakannya sedang dalam masa yang sama mereka ingkar pada Allah, mereka nafikan kebenaran al-Quran serta tidak tunduk pada kenabian Nabi Muhammad s.aw. sebagai Rasulullah yang terakhir?.

Kata Ustaz Farhan lagi, Bible yang ada pada hari ini juga bukanlah ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. dan ia pula bukanlah agama Allah. Ia adalah tulisan dan ajaran Paulus, Mathew, Lucas, Yahones semata-mata. Justeru, bagaimana pula penganut Kristian ini ingin menggunakan kalimah Allah di dalam kitab Bible dan risalah-risalahnya?.

”Mereka orang-orang Kristian tahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa, tetapi mengapa dalam masa yang sama mereka menyegutukan Allah s.w.t. dengan menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan serta turut mempertuhankan Ruhul Kudus”. Soalnya. Ustaz Farhan juga tertanya-tanya, apakah sebenarnya agenda Kristian yang bersungguh-sungguh ingin menggunakan nama Allah Yang Maha Suci ini di dalam kitab Bible dan risalah-risalahnya yang jauh menyimpang daripada ajararan Islam?.

Beliau juga mengajak kita meneliti dan memahami tulisan, George W.Peters dalam makalahnya, An Over-view of Missions To Muslim. Peters telah mengakui betapa besarnya pengorbanan seta tugas yang terpaksa mereka lakukan demi mengkritikan orang-orang Islam dengan ungkapan”…….(for those) who labored in blood, tears and sweat, and with prayer and paienc, in the muslim world…”

Dalam sebuah buku yang telah diterbitkan oleh Universites and Colleges Christian Fellowship di United Kingdom pada tahun 1981 yang diberi judul, Light on Islam : Reaching Out to Muslim Students In Britain, telah digariskan beberapa kaedah dan pendekatan umum yang cukup hebat untuk tujuan menawan orang-orang Islam agar memeluk agama Kristian. Antara isinya; “Terangkan tentang Jesus sebagai kalimah Tuhan, tidak sebagai anak Tuhan, kerana banyak masalah dan kekeliruan yang timbul”. Renung dan fakir-fikirlah……

Kami bertanyakan kepada Ustaz Fahmi, apakah orang-orang Kristian ini masih lagi aktif menjalankan gerakan-gerakan Kristianisasi terhadap orang-orang Islam?. "Ya" balas Ustaz Farhan. Tambah beliau lagi, “Mereka banyak mengedarkan risalah-risalah secara percuma. Malah komik yang menggunakan kalimah Allah pun ada, dibeikan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah. Di Sabah dan Sarawak pengedarannya lagi banyak”.

Ustaz Farhan menambah lagi, antara risalah-risalah yang paling banyak diedarkan adalah risalah yang berjudul “Rahsia Jalan Yang Lurus”. Risalah ini secara terang-terangan menggunakan kalimah Allah dan juga kalimah Basmalah di muka depan dan di dalamnya. Bagaimana kalau anak-anak dan saudara-saudara kita yang baru mempelajari agama Islam menerima dan membaca risalah-risalah seperti ini?

Ustaz Farhan menyimpulkan, “Jika orang-orang Kristian, ingin menggunakan kalimah Allah demi mencari kebenaran dan hidayah serta mencari Tuhan yang sebenar, maka hal ini boleh. Malah ini juga peluang untuk orang Islam melakukan kerja-kerja dakwah kepada orang bukan Islam. Tetapi, sekiranya tujuan menggunakan kalimah Allah ini adalah untuk mengelirukan, apatah lagi menunjukkan bahawa akidah Islam dengan Kristian adalah sama, maka wajib bagi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan segala cetakan Bible dan risalahnya yang menggunakan kalimah Allah”.