Seorang mukmin bagaikan cermin

Thursday, November 8, 2007

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain” (HR:At-Thabbrani dari Anas ra.). Dari sabda Rasulullah s.a.w itu dapat disimpulkan beberapa hikmah darinya:


1.Seorang mukmin hendaknya menjadi teladan kebaikan bagi mukmin yang lain. Orang lain akan melihat dan memperhatikannya serta meniru sifat, perkataan dan perbuatannya. Oleh kerana itu dia hendaklah senantiasa menjaga setiap perkataan dan perbuatannya dan memperbaiki sifat-sifat keperibadiannya. Jangan sampai dia menjadi teladan keburukan bagi orang lain kerana keburukan sifat dan perilakunya serta kecelaan sikap dan tutur katanya.


2. Seorang mukmin memiliki tanggungjawab sosial untuk memperbaiki masyarakatnya. Dia hendaklah selalu mendatangkan perubahan yang baik bagi mereka. Bertekad menularkan semua kebaikan dirinya agar menjadi sifat dan karakter masyatakatnya. Sehingga menjadi masyarakat yang bermartabat dan penuh wibawa serta dihormati oleh masyarakat lain, persis seperti cermin yang selalu membawa perubahan, siapa pun yang berdiri di hadapannya, mendorongnya untuk merapikan apa yang masih tak kemas, membersihkan kekotoran yang melekat di badan dan pakaiannya, dan menyedarkan bahawa dirinya memiliki kelebihan yang mungkin tidak terlihat oleh orang lain sehingga tetap percaya diri dengan segenap kelebihan dan kekurangan yang dimilikinya.


3. Menyedari bahawa dia boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh orang lain. Dia selalu waspada untuk menjaga tutur kata dan perilakunya agar tidak memberikan pengaruh yang buruk kepada orang lain. Senantiasa menjaga pergaulan dan berhati-hati terhadap orang yang akan dijadikan sebagai kawan yang eekat sahabat karibnya, kerana keburukan kawan dan sahabat akan memberikan pengaruh buruk bagi dirinya. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, "Seseorang akan mengikuti sahabat akrabnya, maka hendaknya salah seorang di antara kamu senantiasa memperhatikan siapakah orang yang akan dijadikan sebagai sahabat akrabnya.” (HR:Abu Daud)


Rahsia di sebalik perkataan cermin


1. Kualiti yang terbaik


Kaca termasuk barang yang dibuat dari pasir dari jenis yang terbaik apabila dibandingkan dengan barang-barang lain yang diperbuat dari pasir seperti ceramic dan perkakas lainnya. Terutama untuk membuat kaca cermin diperlukan pasir yang terbaik dari yang terbaik. Apabila kualiti kurang baik, kaca yang dihasilkan tidak boleh digunakan untuk bercermin kerana tidak boleh menghasilkan pantulan yang sempurna sehingga gambar yang ditampilkan tidak terlihat sebagaimana wajah aslinya. Seorang mukmin hanya menyedari bahawa dia adalah makhluk yang mulia dan termasuk manusia pilihan kerana Allah telah memilihnya di antara jutaan manusia untuk menerima anugerah terbesar dari Allah iaitu anugerah iman dan Islam. Kesedaran ini akan maeahirkan sikap izah, bangga, sebagai seorang mukmin, sikap waspada dan berhati-hati untuk menjaga tutur kata dan perilakunya agar tidak sampai menurunkannya dari kemuliaan yang telah dianugerahkan kepadanya. Kesedaran ini juga akan akan melahirkan tindakan-tindakan konkrit untuk terus menerus melakukan perbaikan diri sehingga boleh mempertahankan kedudukannya bahkan semakin meningkatkan darjatnya di sisi Allah maupun di sisi manusia.


2. Bermanfaat untuk semua orang


Kebiasaannya cermin boleh didapati di setiap rumah,hotel,kedai dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan cermin termasuk barang keperluan untuk memperbaiki penampilan seseorang samada dia orang kaya atau sebaliknya. Begitulah hendaknya seorang mukmin hendaklah menjadi orang yang diperlukan oleh semua orang dan memberikan kemanfaatan kepada semua orang tanpa membezakan status kedudukan mereka kerana sebaik-baik manusia adalah orang yang yang paling banyak memberi kemanfaatan kepada orang lain.


3. Menasihati dengan bijak


Setiap orang yang bercermin pasti akan mengikuti apa yang menjadi nasihat sang cermin dan dengan segera melakukan apa yang dinasihati oleh cermin dan melakukan dengan segera apa yang menjadi arahannya. Apabila dia melihat dirinya di cermin kurang rapi atau ada kotoran di badan dan pakaiannya atau rambutnya dia akan segera merapikan, membersihkan kotoran dan menyisir rambutnya dengan segera dan sama sekali tidak tersinggung serta marah kepada cermin yang menunjukkan kekurangan atas dirinya. Oleh kerana itu, setiap mukmin hendaknya meneladani sang cermin dalam memberikan nasihat dan arahan-arahan kepada orang lain. Dia hendaklah memperhatikan adab-adab dalam memberi nasihat, jangan memberi dengan kata-kata kasar dan dengan niat memburuk-buruk orang yang dinasihati kerana dia akan tersinggung dan menyebabkan dia akan menolak nasihat tersebut bahkan akan berlaku kasar terhadapnya kerana dia telah menanggap harga dirinya telah dinodai.


4. Menjaga rahsia.


Cermin tidak pernah membuka rahsia siapa pun orang yang pernah berdiri di depannya. Dia tidak pernah mengatakan kepada orang yang bercermin, “Adakah engkau kenal dengan si fulan bin si fulan tadi dan sesungguhnya saya merasa muak dengan penampilannya, saya mau muntah mencium bau badannya.” Begitu jugalah hendaknya seorang mukmin, dia hendaklah menjaga rahsia saudaranya dan menutup aibnya kerana dia menyedari sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat.” (HR:Muslim)


5. Kejujuran


Cermin tidak pernah berbohong kepada orang yang berdiri di hadapannya, kalau orang yang berdiri dihadapannya itu berketampilan rapi maka ia akan memunculkan bayangan yang rapi. Demikian juga sebaliknya. Demikian jugalah hendaknya seorang mukmin akan senantiasa berkata jujur kepada siapa pun dan di mana jua dia berada, kecuali ketika berada di medan perang atau berbohong untuk mendamaikan dua pihak yang berseteru.


6. Memerlukan orang lain untuk menjaga dan membersihkannya.


Betapapun cermin memiliki berbagai-bagai sifat kebaikan, namun ia juga memiliki kekurangan. Ia akan pecah kalau tidak dijaga dan dilindungi. Ia akan kotor berdebu kalau tidak dibersihkan secara rutin oleh orang yang memakainya. Jadi sehebat mana sekalipun seorang mukmin masih memerlukan nasihat dan sumbangan pemikiran dari orang lain. Dia memerlukan perlindungan diri dari godaan syaitan dan manusia dengan hidup di tengah lingkungan yang baik dan di antara orang-orang solihin. Kisah seorang ahli ibadah yang akhirnya mengalami su’ul khatimah dengan bersujud kepada syaitan untuk mendapat perlindungan darinya setelah melakukan perzinaan dan pembunuhan terhadap seorang gadis kiranya menjadi pelajaran yang penting bagi seorang mukmin untuk tidak hidup berjemaah kerana salah satu faktor yang menyebabkan dia tergelincir jauh adalah apabila dia hidup menyendiri dan tidak berada bersama-sama dengan orang-orang solihiin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Hendaknya kamu senantiasa komit terhadap jemaah kerana syaitan akan bersama orang-orang yang bersendirian dan di dua orang dia akan lebih jauh.” (HR.Ahmad)


Bahan dari sumber syarah aahadis alarbain at-tarbawiah oleh Fakhuddin Nursyam

Pelan-pelan untuk menghancurkan Islam

Sunday, November 4, 2007

Menurut pendapat ustaz Jalal Al-’Alim ada 9 cara yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk membenteras Islam dan umatnya. Kerja-kerja jahat mereka itu didasarkan kepada pelan-pelan berikut:

  1. Menghapuskan sistem pemerintahan Islam.
  2. Menghapuskan al-Quran kerana mereka menganggap al-Quran sebagai sumber kepada kekuatan Islam. Selagi mana al-Quran masih berada dan hidup di kalangan orang-orang Islam, maka ianya akan membawa kembali semula kepada kekuatan dan tamadunnya.
  3. Merosakkan akhlak umat Islam, minda dan hubungan mereka dengan Allah dan memberi peluang kepada hawa nafsu.
  4. Menghancurkan perpaduan umat Islam.
  5. Memencilkan orang Islam dari menghasilkan sesuatu dari industri pembuatan mereka dan harus diusahakan supaya umat Islam menjadi pengguna barang-barang barat.
  6. Merosakkan wanita-wanita Islam dan menggalakkan perlakuan sumbang di kalangan mereka.