Meninggalnya seorang ulama'

Thursday, January 31, 2008

Kita baharu sahaja dikejutkan dengan berita kewafatan Al-fadhil Dato’ Hj. Ishak Baharom (Bekas Mufti Selangor/juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS). Berita ini mungkin saja “tidak apa-apa” bagi sesetengah pihak, namun bagi mereka yang memahami agama, yang mendalami Sunnah Nabi SAW, yang cinta kepada Ulamak dan ahli ilmu, terasa amat berat dan pilu sekali. Terasa kehilangan penyuluh yang menerangi jalan.

Kematian seorang ‘alim yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya adalah merupakan satu musibah yang besar bagi umat Islam. Dalam siri tarbiyyah kali ini, saya (hamba yang lemah, yang hina, lagi faqir ini) mengajak sahabat-sahabat sekalian, menghayati sebuah sabda dari Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW;

عن أبي الدرداء قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ..وللعالم من الفضل على العابد كالقمر ليلة البدر على أصغر كوكب في السماء ، والعلماء ورثة الأنبياء إن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما ، ولكنهم أورثوا العلم فمن أخذه أخذ بحظه ، وموت العالم مصيبة لا تجبر وثلمة لا تسد ، وهو نجم طمس ، موت قبيلة أيسر من موت عالم . (أخرجه البيهقي)

Daripada Abu Dardak Radiallahu ‘anhu katanya,, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Kelebihan orang yang ‘alim itu ke atas orang yang ‘abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit. Para ulamak itu adalah pewaris nabi, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan wang dinar, dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang ‘alim adalah satu musibah (bagi Islam) yang sukar digantikan, dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (di antara bintang-bintang). Sesungguhnya mati satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang ‘alim.” [Riwayat Imam al-Baihaqi fi Syu’bil Iman][1]

Hadis ini menyatakan beberapa perkara penting berkenaan orang yang ‘alim. Apabila dirungkai satu persatu, dapatlah kita lihat bahawa ;

1. Orang ‘alim mempunyai kelebihan berbanding orang ‘abid (ahli ibadah) seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit.
2. Para ulamak itu adalah pewaris nabi.
3. Para nabi ‘alaihis solatu was salam tidak mewariskan wang dinar, tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai.
4. Matinya seorang yang ‘alim adalah satu musibah (bagi Islam) yang sukar digantikan, dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (di antara bintang-bintang).
5. Sesungguhnya mati satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang ‘alim.

Demikianlah sabda nabi SAW, yang merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan ke atas ‘alim ulamak. Semestinya ulamak yang dimaksudkan ialah ulamak yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya. Bukannya ulama’ us-su’ (العلماء السوء او تسمى علماء الدنيا).

PENGHORMATAN BUAT AL-MARHUM DATO’ UST. HJ ISHAK BAHAROM

Al-marhum Dato’ Hj. Ishak Baharom merupakan seorang ulamak yang mempunyai prinsip yang tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Fatwanya yang mengharamkan pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997 mengakibatkan almarhum dipecat daripada jawatannya sebagai Mufti negeri Selangor.

Pemecatan tersebut tidak mengoyangkan prinsipnya malah terus berani menyatakan kebenaran. Almarhum tidak mempedulikan pangkat dan mata benda dunia dalam mempertahankan hukum hakam syari’at Islam. Sungguh inilah ciri ulamak akhirat.

Berkata Imam Al-Ghazaly ( رحمه الله تعالى ) :

وعلماءُ الآخرة هم الّذين لا يأكلون بالدِّينِ ولايَبِيْعون الآخرةَ بالدّنيَا

“Bermula ulamak Akhirat itu iaitu orang yang tiada makan dengan sebab agamanya, ya’ni tiada menggunakan ilmu agamanya sebagai kaedah atau sumber untuk mencari pencarian kehidupan dunia; dan jangan menjual ia akan Akhiratnya itu dengan dunia”.[2]

Almarhum amanah dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya. Almarhum terus menyuarakan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Almarhum memahami bahawa wajibnya melibatkan diri (intima`) bersama Jamaah Islamiyyah dalam usaha menegakkan kema’rufan dan mencegah kemungkaran. Lalu almarhum menggabungkan dirinya bersama-sama Parti Islam SeMalaysia.

Almarhum berjaya menghayati firman Allah ;

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung”. [3]

Almarhum berjaya menghayati sabda-sabda nabi SAW ;

عن زيد بن أسلم عن أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : .. من مات وهو مفارق للجماعة فإنّه يموت ميتة جاهليّة.. (أخرجه أحمد)Daripada Zaid bin Aslam Radiallahu ‘anhuma katanya,, Rasulullah SAW bersabda ; “barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah Islam,, maka bererti ia mati sebagai mati jahiliyah..” [4] عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : .. تلزم جماعة المسلمين و إمامهم .. (متفق عليه) Daripada Huzaifah Ibnu Yaman Radiallahu ‘anhu katanya,, Rasulullah SAW bersabda ; “…. kamu hendaklah beriltizam (komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka….” [5]

Almarhum juga berjaya menghayati dan memahami kaedah feqh ;

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب“Jika tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan suatu “perkara”, maka “perkara” itu turut menjadi wajib”. [6]

Sesungguhnya ulamak sebeginilah yang ditakuti dan digeruni bahkan dibenci oleh musuh-musuh Islam, samada dari golongan kafirin ataupun munafiqin. Inilah nilai izzah para ulamak yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya lagi istiqamah berjihad di jalan Allah.

Sesungguhnya ulamak sebeginilah yang dikasihi dan kagumi oleh seluruh pejuang Islam, dikasihi oleh seluruh pencinta ulamak, bahkan dikasihi dan dimuliakan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya Muhammad SAW.. serta semua tentera Allah (jundullah) yang berada di atas langit dan dipermukaan bumi.

Sungguh dikasihi dan dimuliakan oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.. Ini dapat dilihat daripada beberapa firman Allah SWT dan sabda nabi SAW. Antaranya ;

Allah berfirman ;

يَرْفَعِ الله ُ الَّذِيْنَ آمَنُواْ مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أ ُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَتٍ

“Mengangkatkan Allah Taala akan mereka yang percaya ia akan Allah Taala dan mereka yang diberi ilmu itu akan beberapa darjat.” [7]

Berkata Sayyiduna ‘Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma : للعلمأ درجات فوق المؤمنين بسبعمائة درجة, ما بين الدرجتين مسيرة خمسمائة عام “bermula darjat ‘ulama itu atas darjat orang yang mukmin tujuh ratus darjat, dan antara tiap-tiap suatu darjat itu sekira-kira perjalanan lima ratus tahun.” [8]

Dan setengah daripadanya firman Allah Taala;

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ “Allah Taala meyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, dan begitu pula para Malaikat dan orang-orang yang mempunyai ilmu turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan.” [9]

Berkata Imam Al-Ghazali ( رحمه الله تعالى ) :

فانظر كيف بدأ سبحانه وتعالى بنفسه , وثنَّى بالملائكة, وثلّث بأهل العلم. وناهيك بهذا شرفاً وفضلاً , وجلاء و نبلاً“Maka perhati olehmu akan ayat ini, betapa memulai Allah SWT akan ketuhanan-Nya itu dengan diri-Nya, dan mengiringkan Ia (Allah ) dengan para Malaikat-Nya akan saksi yang kedua, dan mengiringkan Ia (Allah) dengan orang yang mempunyai ‘ilmu (ulamak) akan saksi yang ketiga; bahawasanya tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah. Dan memadalah dengan yang tersebut di dalam ayat ini akan kemuliaan ‘ilmu itu, dan kelebihan dan kebesarannya.” [10]

Dan sabda Nabi SAW :

عن أبي الدرداء قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ..وللعالم من الفضل على العابد كالقمر ليلة البدر على أصغر كوكب في السماء ، والعلماء ورثة الأنبياء …. (أخرجه البيهقي)

Daripada Abu Dardak Radiallahu ‘anhu katanya,, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Kelebihan orang yang ‘alim itu ke atas orang yang ‘abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit. Dan para ulamak itu adalah pewaris nabi,…” [Riwayat Imam al-Baihaqi fi Syu’bil Iman][11]

Berkata Imam Al-Ghazali ( رحمه الله تعالى ) :

ومعلوم أنّه لا رتبة فوق النّبوة, ولا شرف فوق الوراثة لتلك الرتبة“dan telah diketahui bahawa tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu”

Sabda Rasulullah SAW lagi yang menyatakan kemuliaan para ulamak yang dikasihi Allah SWT ;

عن أبي موسى الأشعري، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “يبعث الله العباد يوم القيامة، ثم يميز العلماء، فيقول: يا معشر العلماء، إني لم أضع فيكم علمي وأنا أريد أن أعذبكم، اذهبوا فقد غفرت لكم“ (أخرجه الطبراني)Daripada Abu Musa al-‘Asy’ari Radiallahu ‘anhu katanya, Rasulullah SAW bersabda ; “Allah membangkitkan hamba-hamba-Nya pada hari kiamat, kemudian Ia mengasingkan para ulamak-Nya lalu berfirman : Wahai sekelian ulama-Ku, sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmu-Ku padamu untuk mengazabmu, sekarang pergilah kalian (ke dalam syurga-Ku), sesungguhnya Aku telah mengampunimu!”.[12]

Demikian Allah SWT tetap memuliakan para ulamak-Nya yang ikhlas dan amanah dengan ilmunya lagi berjihad di jalan Allah dalam mempertahankan agama Allah SWT.

ILMU DI ANGKAT DENGAN WAFATNYA ULAMAK DAN MANUSIA MENGANGKAT GOLONGAN JUHALA` SEBAGAI PEMIMPIN

Petanda bahawa Allah SWT menghilangkan ilmu itu adalah dengan diwafatkan para ulamak. Dan manusia di saat itu mengangkat pemimpin dari golongan yang jahil agama. Pemimpin itu sesat dan akan menyesatkan pula.

Allahu Rabbi!,,,, Alangkah musibahnya dengan kewafatan ulamak yang ikhlas lagi amanah. (namun kami tetap yakin bahawa tetap ada hikmah yang baik dari Allah SWT). Marilah kita renungi pengajaran daripada hadis di bawah ;

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إنّ الله لا يقبض العلم انتزاعًا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتّى إذا لم يبقِ عالماً اتّخذ النّاس رءوسًا جهّالاً فسئِلوا فأفتَوا بغير علمٍ فضلّوا وأضلّوا. (أخرجه البخاري ومسلم)Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash Radiallahu ‘anhuma katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu ini daripada hamba-hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Ia menarik ilmu ini dengan mengambil para ulamak-Nya, sehingga apabila sudah tidak ada lagi orang ‘alim, maka ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu, maka dia pun cepat memberikan fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (Cuma guna akal dan menurut hawa nafsu), akhirnya habis semua menjadi sesat dan si jahil itu terus menyesatkan.” [Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim][13] Hadis ini menjelaskan dua perkara besar ;

1. Allah tidak menarik ilmu daripada hamba-hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Ia mengangkat ilmu dengan mengambil para ulamak-Nya (mewafatkan ulamak-Nya), sehingga tidak ada lagi orang ‘alim,
2. Ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu, maka dia pun cepat memberikan fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (Cuma guna akal dan menurut hawa nafsu), akhirnya semua menjadi sesat dan si jahil itu terus menyesatkan.”

Inilah perkara yang membimbangkan dan menggusarkan kita. Di kala ini saja kita sudah dapat melihat begitu ramai pemimpin-pemimpin yang jahil diangkat, dilantik dan diberi kepercayaan memerintah Negara. Sebahagiannya jahil agama, tetapi mahu bercakap mengenai agama, bahkan mengeluarkan hukum dan pandangan yang bercanggah dengan syariat. Sudah ada yang sesat dan menyesatkan! Bayangkanlah bagaimana saatnya satu demi satu para ulamak diwafatkan oleh Allah SWT! Dan dikala itu urusan pemerintahan, urusan hukum-hakam syariat dikuasai oleh golongan juhala!. Na’uzubillahi min zalik.. Teringat saya akan perkataan Syeikh Muhammad al-Ghazali – هذا زمان قليل علماءه , وكثير جهلاءه“ zaman ini adalah zaman yang sedikit ulamaknya, dan banyaknya orang-orang yang jahil” Bayangkanlah zaman generasi yang mendatang.. Kerana itu, saya (hamba yang lemah, yang hina, lagi faqir ini) menyatakan kepada sahabat-sahabat sekelian, bahawa…. MATINYA SEORANG ‘ALIM ADALAH SATU MUSIBAH BESAR BAGI UMAT ISLAM! Semoga Allah memelihara kita daripada menempuh zaman di mana para pemimpinnya sesat lagi menyesatkan, semoga Allah memberi kita kekuatan menghadapi pemimpin yang sesat lagi menyesatkan, semoga Allah sentiasa membangkitkan ulamak yang akan membela agamanya, semoga Allah mencampakkan ke dalam hati kita supaya cintakan ulamak, semoga Allah memberikan kemenangan kepada kepimpinan ulamak,.. يا الله! تريماله دعا همبامو يغ لمه اين, سسوغضوهث اغكو مها قوات لاضي مها منريما سضال دعا رَبّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الََّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلاتَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلََّذِينَ آمَنُوا رَبّنَا إِنّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ. رَبّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَالَنَكُونَنّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ. رَبّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنّكَ أَنْتَ الْوَهّابُ. رَبّنَا آتِنَا فِي الدّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النّارِ. والحمد لله ربّ العالمين. آمين.. آمين. ثمّ آمين. العبد الفقير الى رحمة الله القدير ابن مسران البنجري ٢٢ محرم ١٤٢٩ﻫ ibnumasran@yahoo.comhttp://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com
[1]شعب الإيمان للبيهقي - (فصل في فضل العلم وشرف مقداره)

[2] سيرالسالكين – شيخ عبدالصمد الفلمباني . م/س 18
[3] Surah Ali Imran : 104
[4] مسند أحمد - (باب مسند عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله تعالى عنهما)
[5] صحيح البخاري - ( كتاب الفتن- باب كيف الأمر إذا لم تكن جماعة) / صحيح مسلم - (كتاب الإمارة - باب وجوب ملازمة جماعة المسلمين)
[6] حركة الإسلامية – د. يوسف القرضاوي. م/س 2
[7] سورة المجادلة : 11
[8] إحيأ علوم الدين – للإمام أبي حامد الغزالي . جزء الاول . م/س 11

[9] سورة آل عمران : 18
[10]إحيأ علوم الدين – للإمام أبي حامد الغزالي . جزء الاول . م/س 11
[11] شعب الإيمان للبيهقي - (فصل في فضل العلم وشرف مقداره)

[12] المعجم الكبير للطبراني
[13] صحيح البخاري - (كتاب العلم - باب كيف يقبض العلم) / صحيح مسلم – ( كتب العلم - باب رفع العلم وقبضه وظهور الجهل والفتن في آخر الزمان)

Islamophobia - A Reality

Tuesday, January 29, 2008

Abstract

Prejudice against Islam ana Muslims in many Westrern societies has taken new dimensions and shape in recent years. Islam and its followers are being maligned. The systemic distortion of Islam and Muslims is no longer a minor irritant that can be ignored. This paper intends to discuss those new dimensions. The research has conceptual framework defining the term of islamophobia, understanding its dangers, creating an awarness of islamophobia and finalty cahalengging islamophobia. This in turn, sets a paradigm shift needed for the wgole society to change the status quo of Islamophobia. Despie the fact that Islamophobia is a world-wide concerning issue, this research will focus mainly on Britain.

Introduction:

Some of those who have made a study of the phenomenon i.c.islamophobia, indicate thereby that the campaingn has its root in a morbid fear os Islam and that, in course of time; itwill arouse the same fear in the public mind. The end result, they belive, will be the creation of a climate of hatred and distaste for everthing Islami in these societies. This observation is not a case over-sensitivity on the part of Muslims. In fact, this problem has intensified as a result of the events following September 11th 2001. A number of Westren thinkers and intellectuals have begun addressing the problem and warning their people of its consequnences. In addition, initiatives were also recorded to counteract the negative responses arising out from it.

When Prince Charles, in a speech on spirituality and science at Wilton Park in December 1996, called for building bridges between Islam and the West, there were widespread Islamophobia critisms to his views in the press. Most coverage, such as Daily Telegraph ignored what he had said about modern science anda about spairtuality, and instead focoused on topics he had not referred to at all, such as imigrayion or aspects of geo-politis.

Islamophobia and its feature:

What is Islamophobia?. There are many definitions os isalmophobia. Consequently, a group of British experts in race relations announced their decision to set up a special commission to study and analyse Islamopohobia, as manisfested in the British media in particular. The commission on British Muslims and Islamophobia was established in 1995 by the Runnymede Trust. Its report, Islamophonia: a challenge for us all, was published in 1957 and launched at the House of Commons by the Home Secretary then Jac Straw. According to the report, Islam is percept as essentially a threat, both in the world at large and within in particular. They mentioned Islam as a successor to Nazim and Communism, and it contains imagery of both invasion and infiltration. I is referring to dread or hatred of Islam-and therefore, to fear or dislike of all or most Muslims. Such dtread and dislike have existed in Westren countries and cultures for several centuries. In the last twenty years; however, the dislike has become more extreme and more dangerous.

The Runnymede report also said that The word ‘Islamophobia’ has been coined because thera is a new reality, which needs naming. Anti-Muslim prejuudies has grown so considerably and so rapidly in recent years that a new item in the vocabulary in needed so that it can be will not in itself prevent tragic conflict and misue. But, we believe, it can play a valuable part in the attempt of correcting perceptions and improving relationship.

In addition, Islamophobia cannot be separated from the problem of anti-Muslim racism. As such, Islamophobia is not restricted to a hatred os Islam, but also prejudice and hatred directed against people who are or who are perceived to be Muslim. Anti-Muslim prejudice and racism is based upon claims that Islam in an’inferior’ religion and a threat to the the dominant values of society. It may be evident in relation treatment of Muslim communities by non-Muslim individuals, groups such as; direct verval or physical attacks againt individuals and other civic rights and entitlements; cultural or religious insentitvity which serves to exclude Muslim people from exercising their rights as citizens.

Islamophobi has a number of features. To understand these feature, the Runnymede report, suggests drawing a key distinction between open and closed views of Islam. Phobic dread os Islam is the recurring characteristic of closed views as well as legitimate diagreenebt abd criticism, as also appreciatiob and respect, are aspects of open views.

They itemize eight main features of closed views, and contrast them in each instance with eight main features of open views as summaries in the following table. These include the portrayal of Muslim cultures as nist, fundamentalist and potentially threatening to other cultures. As the report calims, the expression of anti-Muslim ideas and sentiments is increasingly respectable.

By: Dr. Zakarya Mohamed Abdel-hady
Chair of Dawa and Islamic Culture Department
Qatar University

SIB mohon semakan larangan guna “Allah”

Thursday, January 24, 2008

Kuala Lumpur 16 Jan.- Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas menetapkan 29 Januari ini untuk mendengar permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) bagi mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman terhadap perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi perkataan "Allah".

Hakim Datuk Wan Afran Wan Ibrahim juga menetapkan tarikh tersebut untuk mendengar permohonan SIB bagi menangguhkan perintah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai. Hakim Wan Afrah yang menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini turut memerintahkan pemohon dan responden memfailkan hujahan bertulis bagi kedua-dua permohonan itu sebelum tarikh tersebut.

Presiden SIB, Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel dan SIB selaku pihak pemohon menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua dalam permohonan yang difailkan pada 10 Desember tahun lalu. Dusing dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memohon 22 relif antaranya adalah perintah untuk membatalkan keputusan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain. Selain memohon perintah supaya menteri tersebut mengenmbalikan penerbitan itu kepada mereka, pemohon menuntut perisytiharaan bahawa adalah menjadi hak mereka untuk menggunakan istilah ‘Allah’ dalam terjemahan Kitab Bible dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia serta dalam kesemua penerbitan dan bahan keagamaan.

Turut dipohon ialah perisytiharaan bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua agama diamalkan dengan a,am dan damai yang mana pemohon-pemohon berhak menggunakan perkataan ‘Allah’ dan mempunyai hak memperoleh Alkitab dalam bahasa Malaysia atau bahasa Indonesia. Ia juga membabitkan bahan yang dicetak, diterbit bukan sahaja di gereja tetapi juga di mana-mana tempat atau bangunan dalam pengamalan agama mereka walaupun bahan dan penerbitan itu mengandungi perkataan ‘Allah’. Pemohon juga memohon perisytiharaan bahawa keputusan membenarkan pengunaan Alkitab oleh penganut agama Kristian hanya di gereja-gereja dan tidak di tempat lain adalah bercanggah dengan hak perlembagaan, batal dan tidak sah kerena ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan-permohnan itu dibuat dengan alasan antaranya responden telah membuat kesilapan apabila gagal mengambil kira bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh agama Kristian adalah mendahului kedatangan Islam dan merupakan nama Tuhan yang terkandung dalam Kitab Arab lama dan baru yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat Kristian. Mereka juga memberi alasan bahawa terjemahan Kitab Bible dalam bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia telah digunakan oleh penganut agama Kristian di Negara ini sejak beberapa generasi terdahulu. Dalam affidavit bagi menyokong permohonan itu, Dusing, 54, mendakwa Penyelia Pelajaran Kanak-Kanak dan salah seorang kakitangan SIB, Kinambo Gaduan telah membawa tiga kotak bahan-bahan pelajaran bagi kanak-kanak beragama Ktristian kepunyaan SIB pulang ke Kota Kinabalu pada 15 Ogos tahun lalu. Menurutnya, Kinambo yang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia telah transit di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT), Sepang tetapi bahan-bahan penerbitan itu telah ditahan oleh pegawai kastam. Dakwanya, sepucuk surat dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bertarikh 10 Sept 2007 kepada SIB menyebut bahawa pengimportan penerbitan Kristian yang mengandungi perkataan’Allah’ ‘Baitullah’ ‘Solat dan ‘Ka’abah’ adalah dilarang untuk edaran di Negara ini. Surat kementerian itu juga, kata Dusing, menyatakan bahawa penerbitan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan kontroversi di kalangan masyarakat Negara ini.

Sumber dari Utusan Malaysia, Khamis 17.1.09