SIB mohon semakan larangan guna “Allah”

Thursday, January 24, 2008

Kuala Lumpur 16 Jan.- Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas menetapkan 29 Januari ini untuk mendengar permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) bagi mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman terhadap perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi perkataan "Allah".

Hakim Datuk Wan Afran Wan Ibrahim juga menetapkan tarikh tersebut untuk mendengar permohonan SIB bagi menangguhkan perintah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai. Hakim Wan Afrah yang menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini turut memerintahkan pemohon dan responden memfailkan hujahan bertulis bagi kedua-dua permohonan itu sebelum tarikh tersebut.

Presiden SIB, Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel dan SIB selaku pihak pemohon menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua dalam permohonan yang difailkan pada 10 Desember tahun lalu. Dusing dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memohon 22 relif antaranya adalah perintah untuk membatalkan keputusan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain. Selain memohon perintah supaya menteri tersebut mengenmbalikan penerbitan itu kepada mereka, pemohon menuntut perisytiharaan bahawa adalah menjadi hak mereka untuk menggunakan istilah ‘Allah’ dalam terjemahan Kitab Bible dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia serta dalam kesemua penerbitan dan bahan keagamaan.

Turut dipohon ialah perisytiharaan bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua agama diamalkan dengan a,am dan damai yang mana pemohon-pemohon berhak menggunakan perkataan ‘Allah’ dan mempunyai hak memperoleh Alkitab dalam bahasa Malaysia atau bahasa Indonesia. Ia juga membabitkan bahan yang dicetak, diterbit bukan sahaja di gereja tetapi juga di mana-mana tempat atau bangunan dalam pengamalan agama mereka walaupun bahan dan penerbitan itu mengandungi perkataan ‘Allah’. Pemohon juga memohon perisytiharaan bahawa keputusan membenarkan pengunaan Alkitab oleh penganut agama Kristian hanya di gereja-gereja dan tidak di tempat lain adalah bercanggah dengan hak perlembagaan, batal dan tidak sah kerena ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan-permohnan itu dibuat dengan alasan antaranya responden telah membuat kesilapan apabila gagal mengambil kira bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh agama Kristian adalah mendahului kedatangan Islam dan merupakan nama Tuhan yang terkandung dalam Kitab Arab lama dan baru yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat Kristian. Mereka juga memberi alasan bahawa terjemahan Kitab Bible dalam bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia telah digunakan oleh penganut agama Kristian di Negara ini sejak beberapa generasi terdahulu. Dalam affidavit bagi menyokong permohonan itu, Dusing, 54, mendakwa Penyelia Pelajaran Kanak-Kanak dan salah seorang kakitangan SIB, Kinambo Gaduan telah membawa tiga kotak bahan-bahan pelajaran bagi kanak-kanak beragama Ktristian kepunyaan SIB pulang ke Kota Kinabalu pada 15 Ogos tahun lalu. Menurutnya, Kinambo yang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia telah transit di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT), Sepang tetapi bahan-bahan penerbitan itu telah ditahan oleh pegawai kastam. Dakwanya, sepucuk surat dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bertarikh 10 Sept 2007 kepada SIB menyebut bahawa pengimportan penerbitan Kristian yang mengandungi perkataan’Allah’ ‘Baitullah’ ‘Solat dan ‘Ka’abah’ adalah dilarang untuk edaran di Negara ini. Surat kementerian itu juga, kata Dusing, menyatakan bahawa penerbitan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan kontroversi di kalangan masyarakat Negara ini.

Sumber dari Utusan Malaysia, Khamis 17.1.09