Makan Dahulu Baharu Doa Selamat

Friday, February 27, 2009

Wali sendiri sedang mengakadnikah anakanda 'Asri,
tunang kpd anaknda Syifa'


Di bandar-bandar besar dalam Malaysia banyak tempat-tempat yang menarik dan indah dipandang mata, persekitaran nya bersih, sesuai untuk tujuan relax dan santai bersama-sama dengan keluarga di hujung minggu tetapi dukacita, tempat tersebut nampaknya telah disalahgunakan oleh segelintir belia dan para remaja untuk temujanji dan berpoya-poya. Mereka duduk berdua-duaan macam pasangan suami isteri. Malah lebih daripada itu…… mereka sanggup melakukannya di hadapan para pengunjung tanpa segan silu, malah pengunjung pula yang tersipu-sipu mellihat olah laku mereka.

Apabila saya sebut tempat-tempat tersebut kepada beberapa orang sahabat saya, mereka semacam dah bertaubat nak pergi ke tempat tersebut lebih-lebih lagi nak bawa anak-anak dan keluarga ke sana kerana bimbang persekitaran di situ kan mempengaruhi perkembangan emosi anak-anak. Begitu juga dalam pesta hiburan dan malam-malam menyambut ketibaan awal tahun dan tengah malam menjelang Hari Kebangsaan dan yang seumpama dengannya yang ramai datang remaja Islam. Bila berakhirnya pertunjukan, mereka bukan terus balek ke rumah sebaliknya mereka meneruskan agenda mereka yang belom selesai…………… Bagitulah gambaran betapa hebatnya pengaruh hiburan dan semacam menjadi budaya hiudp remaja Islam. Di mana silapnya?……….

Itu belum lagi mereka yang cari makan di club-club malam. Saya difahamkan oleh pegawai yang bertugas mengawal keselamatan pengunjung-pengunjung di club tersebut terdapat beliawanis,remaja- Islam yang terlibat dalam kerja-kerja maksiat. Mereka, biasanya akan report duti mulai jam 11.00 malam dan bertugas sehinggalah ke dinihari.

Nak tahu, banyak tak banyak bilangan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat, coba anda pergi ke Mahkmah Syariah pada hari sebut kes, terutama selepas pesta hiburan sebelah malamnya, agak ramai bilangan mereka yang ditangkap. Setelah kertas pertuduhan dibaca kepada mereka dan setelah mereka mengaku bersalah, kaki tangan Mahkmah membaca fakta kes secara ringkas; Ada yang di tangkap ketika berada di dalam bilek hotel, ada di dirumah tumpangan, di taman bunga, di taman muzium, dan lain-lain lagi. Ketika ditangkap keadaan mereka, masya Allah, malu untuk menyebutkannya. Di anatara mereka yang ditangkap ada yang masih bujang teruna, ada yang sedang bertunang dan ada yang nak melangsung perkahwinan minggu depan dan ada yang ditangkap sudah pun bergelar bapa.

Saya tidak becadang untuk mendetailkan episod khalwat mereka. Tujuan saya hanyalah untuk menjelaskan betapa bahayanya pergaulan bebas, hukum hakam berkaitan dengan zina dan lain-lain lagi. Dalam Islam, apa- apa sahaja perbuatan yang boleh membawa dan mendurong kepada bunga-bunga perzinahan saperti duduk berdua-duan, berjalan berpasangan-pasangan samada belom bertunang atau sudah bertunang. Selain daripda itu pengedaran gambar-gambar lucah melalui cd, atau sms atau melalui internet atau filem yang menjolok mata yang di tayang di TV, dan seumpanya,semuanya mendurong kearah bunga-bunga perzinahan adalah haram hukumnya..

Firman Allah yang mafhumnya “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (al-Israk:17:32)

Dalam undang-undang Jenayah Syariah seluruh Malaysia ada peruntukan/seksyen/ fasal kesalahan khalwat,mukaddimah zina dan Zina. Tujuannya sebagai pencegahan agar remaja-remaja dan belia Islam- ini bukan beerti orang dewasa tidak terlibat dalam kes khalwat-supaya tidak berkhalwat dengan pasangan yang bukan mahram di tempat yang boleh mendatangkan syak akan berlakunya bunga-bunga perzinahan kerana selain daripada mereka berdua, orang ketiga yang akan duduk di samping merka adalah syaitan, sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: “Jangan berkhalwat pasangan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, kerana orang yang ketiga Syaitan” Syaitan sebagaimana yang kita ketahui senantiasa mengoda manusia supaya melakukan perkara-perkara mungkar.

Firman Allah yang mafhumnya; “Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia benar-benar musuh. Sesungguhnya sekutu-sekutunya menyeru supaya mereka(dan kamu) menjadi penduduk neraka”. (S: Fatir:35:61)

Kesan daripada pergaulan bebas, akan berlakulah dating demi dating dan inilah yang dikatakan berkhalwat dan akhirnya berlakulah perbuatan zina dan seterusnya mengandung. Mula-mula ia coba hendak disembunyikan sebagaimana mereka bersembunyi ketika melakukan perbuatan zina dari halayak ramai. Minggu ke minggu bayi yang dikandung semakin membesar. Untuk menutup malu maka dikahwinkanlah pasangan tersebut. Inilah yang menjadi tajuk blog di atas; makan dahulu baru doa selamat. Dari mana punca datangnya perkataan tersebut, wallahu aklam. Ada yang kata dialog dari sebuah filem Allah Yarham P. Ramlee, sama ada perkataan tersebut sesuai dirujuk bagi kehamilan luar nikah, kemudian dikahwinkan saya kurang arif Walau pun perkahwinan tersebut telah diakadnikahkan,namun ia tidak boleh mengesahkan anak yang dalam kandungan tersebut sebagai zuriat pasangan tersebut. Status nya tetap anak haram.

Jangan disangka anak yang lahir dari perbuatan zina telah selesai masalahnya dengan perkahwinan tersebut. Masalah lain akan timbul menyusul kemudian seandainya ibubapa kepada anak zina tersebut tidak berani berterus terang kepada Penulong Pendaftar Perkahwinan/ Juru Nikah tentang status anak perempuannya waktu hendak melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan lelakinya pada suatu hari nanti.

Saya nak ajak anda berkongsi pengalaman sedikit sebanyak dengan perkahwinan anak-anak di luar nikah.

1. Kisah pertama: Undangan jemputan perkahwinan sudah diedarkan. sehari sebelom berlangsungnya hari walimah(persandingan). Ibu bapa pengantin perempuan tergesa-gesa berjumpa dengan saya di rumah dan memaklumkan anak perempuannya itu adalah hasil dari perbuatan zina mereka berdua. Si ayah terserentak bila diberi tahu oleh keluarga yang terdekat, dia tidak boleh manjadi wali anaknya kerena anak tersebut anak dil luar nikah. Dia mendesak supaya saya dapat berhubong dengan pihak yang berkenaan supaya surat kebenaran nikah berwalikan hakim dapat dikeluarkan dan seterusnya dapat diakadnikah pada sebelah petangnya tetapi saya tidak dapat menunaikan hajatnya kerana pejabat Pendaftar Perahwinan ditutup pada hari tersebut. Lagi pun pengalaman saya aturcara/procedure untuk mendapat kebenaran kahwin berwalikan hakim memerlukan perbicaraan dalam mahkamah dengan kehadiran pemuhon sendiri untuk menjelaskan sebab-musabab dia berkahwin berwalikan hakim dan juga dengan mengemukan saksi. Saya bagitahu datanglah ke pejabat pada hari pejabat dibuka, berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Sehari dua selepas itu saya dimaklumkan majlis walimah diteruskan juga, begitu juga dengan majlis persandingan. Apa yang berlaku di belakang tabir sebelom hari tersebut tiada iapa yang mengetahuinya melainkan keluarga yang terdekat dan Jurunikah yang berkenaan. Apa pun kita puji keberanian ibubapa yang mengakui keterlanjuan mereka dan juga nasihat keluarga terdekat mereka. Kabarnya beberapa hari selepas hari perkahwinan mereka dengan anak menantu termasuk isterinya hadir ke Pejabat Pendaftaran Perkahiwnan,mungkin kerana urusan yang termaklum.

2. Kes yang kedua; Setelah pasangan suami isteri mempunyai beberapa orang anak. Ayah kepada anak perempuan dalam kes ini(sudah manjadi atuk kepada cucu-cucunya) baharu menyedari perkahwinan anak perempuannya tujuh tahun yang lepas tidak sah kerana dia yang menjadi walinikah anaknya, pada hal anaknya itu adalah hasil daripada perkahwinan di luar nikah. Dia menegtahui kedudukan perkara ini setelah dia mendengar ceramah agama yang disiarkan di Radio tentang zina dan hukum hakam berkaitan dengannya . Bayangkan lah bagaimana keadaan si ayah ini bila berhadapan dengan masalah ini; rasa malu kepada anak menantu pun ada dan rasa tanggungjawab agama pun ada. Kalau dibiarkan anak dan menantunya bergaul seperti suami isteri, si ayah dan ibu berasa bersalah dan akan berterusan dalam keadan berdosa.. Bagaimana nak bagi tahu menantunya? Syukur alhamdulillah dengan muka tebal dan rasa malu yang teramat sangat dan rasa keinsafan jua dia terpaksa juga memberitahu menantunya kedudukan perkara yang sebenarnya. Alhamdulillah segala-galanya diterima dengan baik oleh menantu dan anaknya . Nak kata apa! Saya teringat kata kata pegawai yang lebih senior dari saya dan sekarang dah jadi almarhum, kes mengandung luar nikah katanya perbuatan dah terlanjur. TERLANJUR HANTU?

3. Kes yang ketiga ini pula sama dengan kes yang tersebut di atas, kes anak luar nikah. Dia coba nak mengilak anaknya nikah berwalikan hakim di dalam negeri kerana malu, kalau diketahui oleh pegawai yang berkenaan, masyarakat dan kawan-kawan sepejabat dengan dia. Dia bertanya kepada saya, kalau-kalau ada jalan keluar dari masalah ini, tetapi dalam masa yang sama juga dia bercadang; perkahwinan anaknya itu di lakukan di luar negeri? Saya nasihatkan dia, bukan mudah untuk kahwin luar negeri. Kahwin luar negeri pun nak minta kebenaran dari Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai & Rujuk.

Kahwin luar negeri tanpa kebenaran, menjadi kesalahan jenayah di bawah undang-undang keluarga Islam dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-dua sekali. Perkahwinan itu pula tidak boleh didaftar kecuali setelah didaftarkan semula dengan Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai & Rujuk dan setelah dikenakan hukuman ke atas kedua-dua pasangan. Kalau tidak di daftarkan si isteri tidak boleh menuntut sebarang nafkah ke atas suaminya, sebagai seorang isteri yang telah diceraikan, sama ada nafkah iddah, nafkah anak, hak penjagaan anak,harta sepencaraian dan sebagainya. Nikah di luar negeri juga belom pasti dijamin sah dari segi syarak dan pentadbiran kerana ada di antara pembaca nikah di negeri berkenaan tidak ada surat tauliah dari Kerajaan yang bersangkutan.

Di akhir perbualan saya dengan beliau, saya nasihatkan biarlah beliau berterus terang kepada bakal menantu dan anaknya tentang duduk perkara yang sebenarnya dan mengakulah di atas keterlanjauan itu. Kemudian beliau minta diri dan saya tidak tahu apa kesudahan masalah yang di hadapinya. Demikian sebahagian dari masalah yang dihadapi oleh seorang bapa bila hendak mengkahwinkan anak yang lahir di luar nikah yang tidak tahu kesan daripada silap wali. Berikut saya cuba menjelaskan hukum hakam yang berkaitan dengan anak luar nikah.

Hukum anak di luar nikah

Sebelum saya menjelaskan hukumnya, maka ibu bapa yang mendapati anaknya telah melakukan zina perlulah bertenang, beristighfar, jangan coba membunag bayi dalam kandongan anaknya dan membuang anak/menghalaunya dari rumah, bukan sahaja ianya menyalahi undang-undang dunia, malah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengakuinya lagi sebagai anak dan sebaginya. Tindakan tersebut itu tidak menyelesaikan masalah, malah lebih merumitkan lagi masalah. Yang penting masing-masing perlu bermuhasabah dan merenong ke dalam diri; mana tahu, mungkin ibu bapa juga turut menyumbang berlakunya peristewa hitam dalam sejarah hidup berkeluarga dan coba memperbetulkannya demi kebaikan Islam dan kesejahteraan masyarakat umumnya.

Jangan dibuang bayi yang tidak berdosa

Kita biasa mendengar perkataan anak luar nikah, anak tak sah taraf dan anak zina semuanya merujuk kepada anak yang lahir dari perstubuhan yang haram tanpa melalui perkahwinan yang sah dan anak itu pula lahir kurang daripada enam bulan dari masa akadnikah mengikut pendapat jamhur ulamak. Jika anak tersebut lahir selepas enam bulan dari hari akadnikah sabitlah nasab anak tersebut kepada bapanya. Dengan kata lain anak tersebut bukan anak zina.

Jika berlaku kesilapan seperti kes yang kedua dalam cerita saya yang tersebut di atas; anak luar nikah tapi bapa mewalikannya maka pasangan suami isteri setelah mengetahui pernikahan mereka itu tidak sah, hendaklah memberhentikan persetubuhan mereka buat sementara waktu sehingga pernikahan semula diadakan dan terus memaklomkan kepada Mahkamah untuk membatalkan perkahwinan itu. Jika setelah mengetahui perkahwinannya itu tidak sah masih juga mereka melakukan persetubuhan, maka persetubuhan itu dianggap zina.

Sekiranya pasangan tersebut hendak meneruskan perkahwinan setelah mengetahui pernikahan itu tidak sah, maka perlulah membuat permuhonan perkahwinan baru, akad nikah baru, maha baru, saksi baru dan sebagainya. Dan jangan lupa kahwin kali ini berwalikan hakim, sebab anak perempuan dengan bapanya dalam kes ini tidak ada hubungan nasab. Perhubongan kelamin di antara pasangan suami isteri sebelom ini sehingga menghasilkan beberapa orang anak tidaklah dihukum berzina. Dalam istilah hukum fiqh ia dinamakan watik Syubhah iaitu persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan akad nikah mereka itu sah sebaliknya tidak sah-akad nikah fasad-.

Ada beberapa sebab perkahwinan yang telah diakadnikahkan dibatalkan oleh mahkamah-bukan kerana perceraian-seperti yang pernah kita baca dalam surat khabar dimana pasangan yang baharu beberapa minggu kahwin, perkahwinan mreka dibatalkan oleh Mahkamah. Kemungkinan besar telah berlaku salah satu perkara yang tersebut di bawah ini.

1.Berwalikan bapa tiri

2. Berwalikan bapa angkat

3. Berwalikan Bapa susuan

4. Wali tidak mengikut susunan wali seperti seorang anak berwalikan saudaranya waktu akadnikah tapi ayahnya masih ada.

5. Berwalikan bapa zina padahal di antara keduanya tidak ada hubongan nasab.

6. Atau perkahwinan yang cacat dari segi rukun nikah dan syarat nikah sedangkan pasangan suami isteri itu dalam keyakinan mereka bahawa perkahwinan mereka itu sah. Keterangan detail tentang rukun nikah dan syarat-syarat nikah akan diterangakan kemudian nanti.

Apa hukum perkahwinan yang telah berlaku kesilapan dalam perkara yang tersebut di atas atau setelah beberapa tahun baharu sedar dan perasaan rupanya perkahwinan tersebut tidak sah sedangkan mereka sudah mendapat cahaya mata dan beranak pinak?

Persetubuhan dan anak-anak yang lahir hasil daripada persetubuhan watik Syubhah tidak di anggap zina dan kalau mendapat anak, nasabnya tidak putus dengan nasab ayahnya. Oleh kerana itu dia berhak mendapat nafkah makan minum, harta pusaka dan sebagainya dari ayahnya, bagitu juga ibunya sama ada semasa dalam perkahwinan atau selepas perceraian. Berbeza dengan anak luar nikah dia tidak ada hubungan nasab dengan bapanya-bapa zina. Kerana itu dia tidak berhak mendapat warisan dari harta bapa zinanya dan juga bapa zinanya tidak boleh manjadi wali perkahwinannya.

Nasab anak lahir dari perbuatan zina adalah dinasab sebelah ibu. Begitu juga kewajipan nafkahnya, hak penjagaannya adalah manjadi tanggungjawab ibu dan saudara mara si ibu. Hal ini ada dikanunkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia.

Hukum dan kesan daripada perbuatan zina

Al-quran awal-awal lagi telah memperingatkan; jangan menghampiri perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya zina seperti berkhalwat dan seumapanya. Kerana ianya dianggap perbuatan keji. Rujuk surah:al-Israk:17: 32. Lebih-lagilah kalau melakukan perbuatan zina, tentulah lebih keji dan hina makanya pelakunya boleh dihukum sebat dan rejam. Bagi pesalah ghairu muhsan-masih teruna dara hukumannya ialah sebat 100 kali serta dibuang negeri. Sila rujuk Surah an-Nur:24:2 dan hadis yang mafhumnya: “ Ambillah daripada kami, sesungguhnya Allah telah jadikan bagi mereka(perempuan-perempuan) akan jalan:dara dengan dara disebat seratus kali dan dibuang selama setahun” (H.R.Muslim). Manakala pesalah Muhsan-sudah bersuami isteri-hukumannya lebih berat lagi iaitu rejam dan sebat berdasarkan hadis yang mafhumnya: “Janda dengan Janda disebat seratus kali dan direjam dengan batu” (H.R.Muslim)

Di antara sebab-sebab perbuatan zina dianggap keji ia boleh:

1. Memutuskan silaturrahim di antara si anak,ibu bapa dan keluarga

2. Melibatkan persoalan harta, perwarisan dan sebagainya kalau tidak ditanggani dengan betol


3. Merosakkan keturunan generasi akan datang

4. Merosakkan perkembangan saikologi anak-anak akibat dari perbuatan zina

5. Menjatuhkan maruah dan kehormatan diri dan keluarga

6. Jika pasangan kaki perempuan(pasangan lelaki) dan kaki lelaki(pasangan perempuan) menghidap penyakit berkangkit ia boleh menjangkiti orang lain

7. Menjatuhkan imej agama Islam dan lain-lain lagi.

Rukun Nikah

1. Lelaki yang bakal menjadi suami

2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.

3. Wali yang ‘adil.

4. Dua orang saksi yang adil

5. Ijab dan Kabul.

Syarat lelaki bakal suami

1. Beragama Islam.

2. Tidak berihram haji dan umarh

3. Lelaki tertentu

4. Tidak mempunyai empat isteri ketika akadnikah

5. Dengan kesukaan dan keredhaan sendiri-bukan dengan paksaan.

Syarat bakal isteri

1. Beragama Islam

2. Seorang perempuan tertentu

3. Bukan mahram kepada lelkai yang bakal manjadi suaminya

4. Bukan isteri orang dan bukan dalam idah orang lain

5. Tidak berihram haji dan umrah.

Syarat-syarat Wali

1. Beragama Islam

2. Seorang lelaki

3. Baligh

4. Dengan kesukaan dan keredhaan sendiri-bukan dengan paksaan 5. Tidak berihram haji dan umrah

6. Tidak fasik

7.Tidak cacat akal fikiran

Susunan Wali

1. Bapa kandong

2. Datuk lelaki sebelah bapa ke atas

3. Saudara lelaki seibu sebapa

4. Saudara lelaki sebapa

5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah

6. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah

7. Bapa saudara sebelah bapa sebapa

8. Bapa suadara sebelah bapa sebapa

9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah

10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah


11. Bapa saudara bapa seibu sebapa

12. Bapa saudara bapa sebapa

13. Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa ke bawah

14. Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa ke bawah

15. Bapa saudara datuk lelaki sebapa seibu sebapa.

16. Bapa saudara datuk lelaki sebapa

17. Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa ke bawah 18.Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki sebapa ke bawah.

Sebab perpindahan wali akrab kpd wali abad

1. Wali akrab belom baligh

2. Wali akrab gila

3. Wali akrab fasik

4. Wali akrab cacat akal fikiran

5. Wali akrab berlainan agama

6. Wali akrab bisu, tuli dan tidak tahu berisyarat.

Perpindahan Wali kpd Wali hakim

1. Ketidaan wali nasab sama sekali

2. Wali nasab berjauahan dua marhalah, kira-kira 60 batu atau 96 kilo meter.

3. Wali akrab hilang tidak diketahui tempatnya dan tidak diketahui adakah dia masih hidup atau pun sudah mati dan belom ada apa-apa perintah anggapan mati dikeluarkan oleh Hakim Syarie. Jika ada perintah Hakim Syarie maka perwaliannya berpindah kpd wali ‘abad dan bukan kpd wali Hakim.

4. Wali akrab enggan manjadi wali dan keengganannya kurang daripada tiga kali dan telah sabit di sisi Hakim Syarie

5. Wali akrab berihram haji atau umrah

6. Wali akrab sendiri yang akab berkahwin dengan perempuan itu.

Syarat-syarat saksi

1. Islam

2. Dua orang saksi

3. Berakal

4. Baligh

5. Melihat,mendengar dan berkata-kata

6. Faham tentang maksud ijab dan qabul

7. Adil

8. Bukan Wali kepada perempuan.

Syarat Ijab dan Qabul

1. Hendaklah ijab itu di ikuti oleh qabul dengan segera.

2. Hendaklah ia didengar oleh dua orang saksi

3. Hendaklah ia jangan tergantong

4. Hendaklah ia tidak dihadkan waktunya

5. Hendaklah disebutkan dengan khusus perempuan yang dinikahkan itu dalam ijab dan qabul itu

6. Hendaklah ia menggunakan bahasa arab dengan kata dasar nikah atau tazwij atau dengan terjemahan bahasa lain seperti aku menikahkan atau mengahwinkan.

7. Hendaklah ia tidak berubah, sebelom adanya qabul itu seperti kata wali “ Aku nikahkan engkau dengan anaku Fatimah”, bukan Fatimah tetapi Rasyidah.

Cerita benar dan kaitannya dengan Persekitaran

Monday, February 23, 2009

Cerita benar dan kaitannya dengan Persekitaran(bi-ah)

Beberapa buah cerita di bawah ini adalah cerita yang benar-benar belaka, bukan rekaan hasil dari khayalan, bukan cerita fitnah, jauh sekali untuk mengaibkan seseorang kerana kepentingan-kepentingan peribadi. Ia semata-mata untuk dikongsi bersama dengan harapan ada ibrah dan pengajaran darinya yang dapat kita petik untuk suri teladan kita semua.

1. Sewaktu saya mula-mula bertugas dalam agensi Kerajaan yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-udang, sekalipun bidang tersebut tidak ada kaitan secara langsung dengan tugas saya tetapi sebanyak sedikit ada kaitannya makanya untuk mendapat sedikit pendedahan, saya hadir dalam perbicaraan di Mahkamah Terbuka; perbicaraan kes Khalwat. Saya terperanjat bila pertuduhan dibaca oleh kakitangan Mahkamah dia dituduh berkahwin tanpa kebenaran di luar Negara. OKT (orang yang kena tuduh) itu adalah pegawai pencegah maksiat. Supaya dia terlepas dari pertuduhan dia pun berkahwin dengan pasangan yang berasal dari Negara jiran, dengan harapan dia akan dapat membuktikan ketika pembelaan nanti dia adalah pasangan suami isteri yang sah. Di ringkaskan cerita dia disabitkan bersalah kerana tarikh semasa dia ditangkap dengan tarikh perkahwinan tidak sama. Tarikh kahwin kemudian dari tarikh tangkapan. OKT rupanya dia dah biasa buat perkara serupa ini, bukan sekali, bukan dua kali dah banyak kali.Dia buat rondaan seorang diri, tanpa ditemani oleh penguatkuasa yang lain.

Wajah Baru Masjidil haram apabila siap nanti

2. Cerita kedua, seorang hamba Allah ini saya kenal dengan dia, sebab dia pernah datang ke pejabat saya kerana ziarah kenalan dia yang bertugas sepajabat dengan saya. Dia bertugas dalam pasukan anti dadah. Kalau melihat dari segi penampilannya, kita tak sangka dia dari pasukan anti dadah kerana rambutnya dicocang. Kalau ikatan tersebut dilepaskan, pasti rambutnya melepasi paras bahu. Saya tanya kenapa penampilan semacam itu. Jawabnya supaya mudah masuk dalam kumpulan dadah dengan tujuan menyamar. Di pendekkan cerita dia ditangkap kerana terlibat sama dalam ketagihan dadah.Pada hal tujuan asalnya untuk mendapat rahsia kegiatan kumpulan tersebut, kemudian menangkap mereka. Sebaliknya dia pula yang kena tangkap.

3. Cerita ketiga ini pula, cerita orang dakwah. Bahan ini saya terlupa dari mana sumbernya, sama ada dari bahan bacaan saya atau diceritakan orang seorang ulamak dari Indonesia. Sekarang dia dah almarhum. Ceritanya begini; di sebuah perkampungan terdapat sekumpulan orang yang suka berjudi. Perjudian mereka dengan menyabong ayam. Kehadiran orang dakwah ini asalnya baik. Sebelom ayam yang kalah itu masih hidup (mustaqirrah) dia akan menyembelihkannya dengan menyarinkan bacaan BASMALAH supaya dapat didengar oleh orang ramai, dengan dua tujuan. Ayam yang disembelih itu tidak mati meragan dan dagingnya halal dimakan kerana sudah disembelih dan yang kedua dengan tujuan dakwah,sekurang-kurangnya mereka mendengar ucapan basmalah, dengan harapan, berkat perkataan basmalah mereka menyedari perbuatan mereka itu haram.Dipendekkan cerita, dakwah hamba Allah ini akhirnya tidak sampai sebaliknya dia pula dah jadi kaki nyabong.

Alangkah indahnya hati penghuni buruj Dubai ini jika dekat dgn Allah

4. Cerita yang keempat ini cerita orang dakwah juga. Dia mengabongkan kan diri dalam sebuah organisasi yang dipimpin oleh mereka yang tidak serious dalam mendaulatkan Islam. Tujuan orang dakwah ini baik iaitu untuk memperbetulkan organisasi tersebut dari dalam tetapi dukacita tujuannya tidak kesampaian,sebaliknya dia dah ikut rentak dan tari pemimpin-pemimpin tersebut, kerana dia melawan arus dalam keadaan seorang diri dan terpaksa tunduk dan patuh kepada peraturan dan disiplin organisasi tersebut.

Ke empat-empat pelakon dalam cerita yang tersebut di atas semuanya orang-orang yang baik, demikian juga nawaitu mereka pun baik,kerana hendak membuat pembetulan tetapi kerana persekitaran yang mereka dekati itu persekitaran yang negatip sementelah dia menghadapinya dengan seorang diri tanpa bekalan jati diri yang kuat, akhirnya dia larut bersama-sama dalam tindakan negatip mereka. Ini membukktikan persekitaran boleh mempengaruhi pandangan, sikap dan pendirian seseorang. Kalau persekitaran itu baik maka baiklah mereka yang berada di sekitarnya. Kalau sebaliknya maka buruklah padahnya. Lantaran itu Islam telah mengigatkan awal-awal lagi supaya berhati-hati dengan persekitaran yang negatip, seperti dalil-dalil yang tersebut di bawah ini:

1 Firman Allah: “وأصبر نفسك مع الذين يدعون من ربهم بالغداوة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عياك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا. Ertinya: Dan bersabarlah kamu dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pagi dan senja dengan mengharap keridhaannya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah kedaannya itu melewati batas” (S: al-Kahfi:18:28)

2. Sabda Rasulullah saw; “مثل الجليس الصالح والجليس السوء كمثل حامل المسك ونافخ الكير” فحامل المسك إما أن يحذيك( أي يعطيك ) أو تشترى منه، أو تجد منه ريحا طيبة. ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك ،أو تجد منه ريحا منتنه”Ertinya: Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat iaitu seperti orang yang membawa minyak kasturi dengan tukang tiup alat pembakar besi. Ini ialah kerana orang yang membawa kasturi itu berkemungkinan memberikan kasturi itu kepada anda atau anda akan membelinya darinya atau anda akan dapati bau yang harum darinya, tetapi si tukang tiup alat pembakar besi boleh jadi akan membakar pakaian anda atau anda akan mengalami bau yang busuk darinya”. (H.R. Bukhari dan Muslim)



3. Sabda Rasulullah saw: “المرء على دين خليله ، فلينظر أحدكم من يخالل
Ertinya: “Seseorang itu akan mengikut agama teman rapatnya. Oleh itu setiap kamu mestilah memerhatikan siapakah yang akan dijadikan teman rapat”. (H.R. at-Tarmizi)

4 Surah al-Kahfi:18;13 menceritakan tentang kisah sekumpulan pemuda Kahfi yang sanggup mengasingkan diri dari kaum keluarga, sahabat handai dan kampung halaman demi menyelamat akidah dari paksaan dan penindasan pihak berkuasa dengan bersembunyi di sebuah gua. Dengan izin Allah, mereka ditidurkan selama 309 tahun di gua tersebut dan dibangkitkan semula ketika masyarakat dan Raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan Raja yang beriman kepada Allah swt.

5. Nabi Muhammad saw yang masih bayi diserahkan ibunya kepada Halimah binti Abi Dhu’aib(Halimatussa’adiah) dari Bani Sa’ad di sebuah desa dengan maksud agar Nabi Muhammad saw mendapat udara segar,udara desa yang bersih serta pergaulan desa yang sangat baik bagi pertumbuhan anak. Selain daripada itu agar dapat berbicara nanti dengan Bahasa Arab yang fasih kerana bahasa Arab yang digunakan oleh masyarakat desa masih murni.

Jahiliyah Modern Abad Dua Puluh

Persekitaran negatif seperti yang dikisahkan saya menerusi 4 buah cerita yang tersebut di atas tadi adalah sebahagian kecil sahaja daripadanya tetapi persekitaran yang lebih jelik dari peristiwa yang tersebut di atas banyak lagi boleh kita dapati dari penjelasan Rasulullah saw ketika Baginda menerangkan Hadis-Hadis tentang Hari Kiamat dan kita sebenarnya mau tidak mau, sedang berhadapan dengannya dan ia telah mengelilingi kita dari setiap sudut.

Persekitaran yang negatip boleh mengoyahkan iman,menjadi tidak stabil. Seseorang itu beriman sebelah pagi, kemudian sebelah petang sebaliknya. Hari ini masih beriman, besok pula menjadi kafir. Sesiapa yang coba mengamalkan Islam sebagai ad-din terpaksa menghadapi tentangan dan laluan yang sukar.

Sifat-sifat mazmumah berikut telah mewarnai persekitaran dan seterusnnya menjadi budaya hidup, maka tidak peliklah ianya telah berluas-luasa seperti sikap tidak memperdulikan Islam. Orang yang berdusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan pendusta. Pengkhianat di suruh memegang amanah, sebaliknya orang yang amat dituduh pengkhianat. Hidup berpuya-puya dan bermewah-mewah menjadi kebanggaan. Menghimpun harta sebanyak mungkin tanpa mengambil kira sama ada ianya dari sumber yang halal atau sebaliknya. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia dan pangkat menjadi amalan biasa. Hasad dengki sehingga terjadi zalim menzalimi sering berlaku. Menyiksa dan memukul orang, malah sanggup membunoh tanpa peri kemanusiaan sudah menjadi perkara lumrah. Berpakaian tetapi bertelanjang berlaku disana sini. Berlagak sombong dan angkuh. Riba menjadi amalan, demikian juga minuman khamar. Berlaku perzinaan. Memiliki harta benda melimpah ruah. Peperangan demi peperangan berlaku. Para ulamak tidak berperanan Orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Islam tinggal namanya sahaja demikian juga Alquran tinggal tulisannya,suci dalam debu. Masjid tersergam indah tetapi tidak berfungsi..Urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya sementara orang yang layak tidak diberi kepercayan. Berebut-rebut mendapat jawatan dan pangkat tanpa melihat ia suatu tanggungjawab dan amanah, dan lain-lain lagi Semuanya ini bukan menjadi rahsia lagi. Ia adalah sebahagian daripada persekitaran kehidupan hari ini.

Saya petik sebahgaian daripada matan hadis Rasulullah saw yang menerangkan sebahagaian persekitaran negatip tersebut di atas seperti di bawah ini. 1.عن أبي هريرة أن رسول الله صلعم ٌقال: بادروا بالأعمال فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسى كافرا أو يمسى مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا. رواه مسلم.
Ertinya: Daripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agama dengan sedikit dari mata benda dunia”. (H.R.Muslim)

2 عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلعم : بدأ الاسلام غريبا وسيعودغريبا كما بدأ غريبا فطوبا للغرباء. رواه مسلم.
Ertinya: Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Bersabda Rasulullah saw; “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) Dan ia akan kembali asing pula ganjil pada pandangan barat dan tidak di ambil berat oleh Islam) Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang asing (yang mengamalkan Islam) (H.R. Muslim)عن أبى هريرة قال, قال رسول الله صلعم : سيأتى على الناس سنةات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فبها الأمين وينطق فيها الرويبضة, قيل وما الروبيضة؟ قال: الرجل التافه فى أمر العامة” (أخرجه ابن ماجه)
Ertinya: Dari Abu Hurairah R.A. berkata: “Rasulullah saw bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (tandus dari segi material dan juga dari segi pemikiran) Dan pada waktu itu orang-orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah” Sahabat bertanya: “Apakah ruwaibidhah itu hari rasulullah?”. Nabi menjawab: “ Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”(H.R. Ibnu Majah)

Persekitaran dan ulah manusia dengan sifat-sifat mazmumah menurut pendapat Muhammad Quthub, meskipun mereka sudah maju dalam setiap bidang dan menggelarkan diri mereka sebagai masyarakat modern tetapi mereka masih lagi dianggap berada dalam suasana kejahiliyahan. Jahiliyah bukan merujuk ke zaman Jahilyah sebelum kedatangan Islam dan bukan juga kerana kemunduran di bidang ilmu dan seumpamanya. Alquran tidak menyatakan orang-orang Arab dahulu berada di dalam suasana jahiliyah kerana tidak mengenal ilmu falak, ilmu alam, ilmu kedoktoran dan ilmu kimia atau mereka tidak mengenal politik dan sebagainya, sebaliknya kerana mereka menetap hukum sesuka hati mereka dan menolak hukum Allah. Mengenai hal ini Allah swt berfirman yang mafhumnya: “Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakan yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?”(S:al-Maaidah:5:50) Jadi, masyarakat Jahiliyah bukan hanya orang-orang Arab sebelum Islam saja yang berada di dalam suasana kejahiliyahan, melainkan juga setiap masyarakat yang hidup menyimpang dari hidayah ilahi dan menurut tuntuan hawa nafsu.

Malah kalau di buat perbandingan zaman Jahiliyah dahulu dengan zaman Jahiliyah sekarang ini, ia lebih teruk lagi. Arab sebelum Islam memuja patong dan MENUHANKAN apa jua makhluk “merupakan ulah tingkah laku orang yang masih primitif tetapi kita telah diberi panduan al-Quran dan hadis sepatutnya lebih baik lagi dari mereka. Sebaliknya manusia hari ini lebih teruk dan lebih dahsyat lagi dari Arab sebelum Islam. Apa beza nya watak orang Quraisy yang bengis, pendendam dan keras kepala dalam mempertahankan kepentingan serta kekuasaan, dan kelakuan mereka dalam menuntut terpeliharanya keadilan dan kebenaran; pada hakikatnya watak seperti ini terdapat juga di setiap kejahiliyahan, yang klasik maupun yang modern” (Muhammad Quthub)

Seterusnya, kata Muhammad Quthub “Jahiliyah modern lebih ganas dan lebih kejam, sebab - Jahiliyah modern adalah jahiliyah "ilmiah”- Jahiliyah yang lahir dari hasil ”Penelitian” dan berbagai macam pandangan teori. Jahiliyah modern adalah suatu peraturan dan kaedah yang berakar mendalam iaitu jahiliyah yang muncul dari “kemajuan material” yang dibangga-banggakan kekuasaan dan kekuatannya serta disombongkan kesanggupannya menembus lapisan cakerawala. Jahiliyah kedengkian yang diatur, dipelajari, dicernakan dan diarahkan untuk menghancur manusia atas dasar asas-asas ilmiah. Kejahiliyan yang tak ada tolok bandingannya dalam sejarah.” Begitu jugalah kejahiliyan dalam bidang pemikiran, tingkah laku, politik, ekonomi, bidang sosial, bidang seni budaya dan sebagainya.

Punca Masalah dan Jalan Keluar

Punca masalahnya ada jawapannya yang diberikan sendiri oleh Allah swt melalui firmannya “ظهر الفساد فى البر و البحر بما كسبت أيدى الناس
Ertinya: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia” (S:ar-Rum:30:41). Yang menggerak manusia untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya sama ada perkara yang baik mau pun yang buruk adalah peranan yang dimainkan oleh HATI. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: “Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Apabila ia rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah hati” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Orang Sufi mengibaratkan; seolah-olah dalam diri seseorang manusia itu laksana sebuah kerajaan yang mempunyai Penguasa yang paling tertinggi samada dia bergelar Presiden, Perdana Menteri dan apa-apa sahaja gelaran. Apabila dia mengeluarkan arahan perintah, Menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai tentera dan lain-lain akan mematuhi perintah tersebut. Apabila terdapat dalam kerajaan hati itu pasukan yang memberontak maka ia memerlukan penyelesaian dan huraian yang cepat dan betul makanya mesyuwarat tergempar diadakan. Jadi, apa jalan keluar untuk menyelsaikan punca masalah yang mencemarkan alam persekitaran manusia yang terhasil dari sifat-sifat mazmumah?

Kalau anda menginginkan tanaman yang baik,anda harus memiliki dua faktor yang paling penting iaitu: (1) Tanah yang baik dan (2) Benih yang baik. Tanah yang baik ialah manusia seluruhnya. Manakala benih yang baik ialah Syariat/Akidah seluruhnya. Apabila benih yang baik, ditanam secara baik, di tanah yang baik menjadilah ia tanaman yang baik. Itulah peradaban dan kebangkitan. Dua faktor yang membahagiakan manusia dan sekaligus membahgiakan alam seluruhnya.(DR. Ali Muhammad Jarisyah/Muhamad Syariff AzZabaq)

Almarhum Dr. Hamka mengingatkan kita dengan katanya: ”Janganlah kita terpesona melihat berdirinya bangunan-bangunan raksasa, jambatan-jambatan panjang, gedung bertingkat-tingkat menjulang langit, menara Eifel, sampainya manusia ke bulan di abad dua puluh ini. Janganlah itu dikatakan pembangunan, kalau kiranya jiwa bertambah jauh dari Tuhan. Terasa dan dikeluhkan oleh manusia seisi alam zaman sekarang dalam kemajuan ilmu pengetahuan ini hidup mereka bertambah sengsara. Kemajuan teknik tidak membawa bahagia, melainkan cahaya. Perang selalu mengancam. Perikamanusiaan tinggal dalam sebutan lidah, namun niat jahat bertambah subur hendak menghancurkan orang lain” Jadi hati perlu dibersihkan melalui pementapan akidah tauhid. Akidah tauhid yang diperjuangakan oleh Rasulullah saw selama 13 tahun di Mekah, bukan juga kerana orang Arab pada masa itu berada dalam paganisme kerana soal tersebut, menurut Muhammad Quthb adalah merupakan soal poros seluruh segi kehidupan manusia.

Mari sama-sama bertindak

Biarpun ulah manusia dengan tindak tanduknya merosak persekitaran manusiawi tapi kita masih optimis, dengan izin Allah kita boleh merubahnya dengan gerak kerja dakwah dengan berbagai-bagai cara. Jangan tunggu bila anda sudah merasa sempurna dari segi ilmu dan amal ibadah baharu nak berdakwah. Kita kena berdakwah untuk mencegah kemungkaran meskipun kita masih belum mampu meninggal seluruhnya. Bumi mana yang tidak ditimpa oleh hujan. Demikian juga manusia mana yang tidak terlepas dari dosa kecuali Nabi. Teruskan dakwah kerana ia menjadi kewajipan kita. Ingatlah! pesanan Nabi Muhammad saw yang berbunyi: عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مروا بالمعروف وإن لم تفعلوه وانهوا عن المنكر وإن لم تجتنبوه كله.(رواه الطبراني)
Ertinya: “Dari Anas RA, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Perintahkanlah yang ma’aruf miskipun kamu belum mengamalkannya, dan cegahlah kemungkaran meskipun kamu belum meninggalkan seluruhnya”.

Wallahu aklam.