Seribu Jiwa Untuk Islam

Wednesday, March 18, 2009

(Jika anda ada sedikit masa sila baca jejak langkah perjuangan Said Nursi di bawah ini)

“Adakah kamu juga ingin undang-undang Islam dilaksanakan?” tanya Hakim Khurshid Pasha kepada Badiuzzaman Said Nursi, sebaik sahaja selesai menjatuhkan hukuman mati ke atas 19 orang sahabat seperjuangannya. Dengan tenang Said Nursi menjawab, “Andainya saya dikurniakan seribu jiwa saya akan korbankan semuanya demi menegakkan undang-undang Islam. Kerana ia adalah sumber kebahagiaan, keadilan dan kebaikan hakiki”. Perbicaraan yang sedang berlangsung itu telah di-saksikan oleh beribu-ribu orang rakyat Turki. Said Nursi dihadapkan ke mahkamah tentera atas tuduhan turut terbabit dalam pemberontakan mahu menggulingkan kerajaan untuk mengalakkan undang-undang Islam di Turki. Walau bagaimanapun, perbicaraan itu itu terpaksa ditamatkan begitu sahaja apabila pihak penuduh gagal membuktikan bahawa Said Nursi juga terlibat dalam pemberontakan pada 13 April 1909 itu.

Selepas dibebaskan, Said Nursi meninggalkan Istanbul dan kembal ke Van. Pada awal tahun 1911, beliau meluangkan masanya untuk membuat lawatan ke Syria. Beliau berpeluang menyampaikan syarahan di Masjid Umayyah yang terletak di Damsyik. Antara syarahannya yang menarik adalah: “Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia adalah untuk Islam. Kebenaran iman dan akhlak akan tertegak. Kekerasan, kedegilan dan serangan-serangan musuh akan ditewaskan oleh pedang akhlak dan kebenaran bersama-sama kemajuan duniawi yang kita capai”.

Ketika tercetusnya perang Tripoli (1911) Said Nursi turut melibatkan diri. Begitu juga dalam perang Balkan yang berlaku pada tahun 1912. Dua tahun kemudian, berlaku pula perang Dunia Kedua. Said Nursi dengan rela hati menawarkan diri untuk mempertahan Turki dalam peperangan tersebut. Beliau berjuang melawan tentera-tentera Rusia. Meskipun Said Nursi dan orang-orangnya telah mempersembahkan gaya perjuangan yang terbaik, namun kemaraan tentera musuh gagal dihalang. Sepanjang tempoh peperangan, Said Nursi telah mempamerkan nilai keberanian yang sungguh luar biasa. Beliau berjalan di medan peperangan tanpa rasa gementar. Beliau juga tidak berminat mencari perlindungan, meskipun beliau patut berbuat demikian. Pernah berlaku, peluru musuh tidak langsung memberi bekas kepada tubuh Said Nursi. Apabila ditanya orang,beliau pun menjawab, “Andainya seseorang itu berada di di bawah perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa, bukan sahaja peluru biasa tidak dapat memusnahkannya, bahkan peluru meriam juga.”

Salah satu kehebatan Said Nursi dalam menampakkan keberaniannya, beliau sempat mencuri waktu untuk mengarang kitab ketika peperangan sedang berkecamuk. Antaranya ialah sebuah tafsir Al-Quran yang berjudul “Isyaratul I’ijaz”. Bagaimanapun akhirnya Said Nursi berjaya ditahan oleh tentera Rusia pada 14 Februari 1916. Beliau dibawa ke ibu Pejabat tentera Rusia. Kakinya yang patah diberi rawatan. Kemudian Said Nursi dihantar ke khemah tawanan perang terbesar terletak di Kostroma. Pada suatu hari, Jeneral Nicolas Nicolavich, seorang Jeneral Rusia terkenal, telah melawat khemah tawanan perang tersebut. Semua tawanan perang berdiri memberi tabik hormat kepada Jeneral Nicolas. Tetapi Said Nursi tidak berbuat demikian. Beliau senyap membatu. Perbuatan Said Nursi itu ternyata mengundang kemarahan Jeneral Nicolas. Beberapa soalan diajukan kepada Said Nursi dengan penuh kekasaran. Said Nursi menjawab: “Saya seorang ulama'. Saya menganggap orang beriman lebih mulia daripada orang yang tidak beriman. Saya tidak boleh bertindak yang bertentangan dengan keimanan saya. Kerana itu saya tidak perlu menghormati awak”. Ketegasan Said Nursi telah mengheret beliau naik ke Mahkamah Tentera. Hasil perbicaraan, Said Nursi dijatuhi hukuman mati.

Sebelum hukuman dijalankan, Said Nursi memohon kebenaran menunaikan dua raka’at sembahyang sunat. Beliau pun diberi masa. Selesai sembahyang, berkata Jeneral Nicolas kepadanya, “Maafkan saya. Saya dapati tindakan awak ini adalah kerana keikhlasan awak kepada keimanan yang awak miliki. Sebagai menghormati keimanan yang telah membneri awak ketengan yang luar biasa ini, saya bebaskan awak daripada hukuman ini.”

Pada tahun 1918, Said Nursi berkesempatan melepaskan diri dari khemah tahanan di Kostroma. Beliau mendapat peluang itu ketika berlakunya pemberontakan revolusi komunis di Rusia. Beliau berjaya melarikan diri sampai ke Istanbul. Pada pertengahan tahun 1920, tentera Greek dengan dibantu oleh British bergerak masuk ke Anatolia. Said Nursi mula merasai sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Beliau cuba mengatasi masalah ini dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. Sepanjang malam, masanya dihabiskan dengan beribadah dan berdoa. Keesokan harinya, terpampang di dada akhbar berita kematian Raja Greek. Raja itu mati akibat digigit oleh seekor kera liar.

Pada Oktober 1922, Turki disytiharkan sebagai Negara Republik, dan Islam masih diterima sebagai agama rasmi Negara. Tetapi penerimaan itu tidak lama apabila puak sekular cuba menggubah perlembagaan. Bukan itu sahaja, bahkan mereka menguatkauasakan pembaharuan-pembaharuan berunsur sekular yang jauh bertentangan dengan Islam. Tiga tahun kemudian, satu undang-undang baru diluluskan. Di bawah undang-undang itu, semua majalah dan akhbar yang menyokong Islam diharamkan. Pengarang-pengarangnya dihadapkan ke Mahkamah dan tidak dibenarkan menjalankan usaha penerbitan lagi. Beberapa bulan berikutnya, kalendar Hijrah yang telah digunakan sekian lama di Turki digantikan dengan calendar Masehi. Undang-undang keluarga Islam telah dibatalkan. Dan Turki secara rasminya diisytiharkan sebagai Negara sekukar.

Pada tahun 1931, azan telah ditukar ke bahasa Turki. Empat tahun berikutnya, Masjid Aya Sofia yang kaya dengan keindahan dan nilai sejarahnya turut menjadi mangsa. Bangunan suci itu telah diubah menjadi sebuah muzium. Sepanjang tempoh perubahan besar itu, Said Nursi berada dalam buangan dan sentiasa dikawal rapi oleh pihak berkuasa. Pun begitu, suara lantangnya menentang perubahan dahsyat yang berlaku di Turki tetap bergema. Semakin hebat tekanan yang diterima, sehebat itu jugalah Said Nursi menempekkan kebenaran. Dalam musim bunga 1936, Said Nursi dibebaskan dari penjara Eskisheir. Tetapi pembebasan itu tidak bermakna kerana beliau dibuang pula ke Kastamunu, sebuah Bandar di wilayah utara Turki. Lapan tahun beliau berada di di Kastamunu. Dalam tempoh tersebut, Said Nursi telah menghasilkan penulisan-penulisan yang baik. Beliau tetap dengan tabiatnya mengajar dan mendidik. Hingga beliau berjaya mengumpulkan sekumpulan anak murid yang rajin dan pintar. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan tulisan-tulisan Said Nursi.

Suatu hari, pihak polis menyerbu masuk ke rumah Said Nursi dan merampas karya-karyanya. Said Nursi turut ditahan dan dibawa ke Angkara. Dari Angkara beliau dibawa pula ke Isparta dan seterusnya ke Denili. Di Denizli, beliau bersama 126 anak muridnya telah dipenjarakan sebelum dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan dan menentang pembaruan di Turki. Seperti di majlis-majlis perbicaraan lainnya, di Mahkamah Denizil Said Nursi tetap mempertahankan dirinya dengan mengutarakan hujah-hujah yang jitu dan menarik. Antara lain kata: “Saya dituduh penentang demokrasi. Sebenarnya saya adalah penyokong dasar dasar yang berlandaskan Islam. Semangat itulah yang membuat saya menghormati khalifah-khalifah Islam pada peringkat awal dulu.. Tetapi tidak pada demokrasi awak. Apabila kami menyeru manusia supaya menjadi baik dan amanah, awak tuduh kami menjalankan kegiatan sulit menentang Negara. Adakah awak menemui kebenaran dalam kepimpinan awak terhadap saya dan sahabat-sahabat saya?”.

Keputusn perbicaraan dicapai. Said Nursi dibebaskan daripada tuduhan. Tiada bukti yang menunjukkan beliau bersalah atas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan. Tahun-tahun akhir kehidupannya dihabiskan di Isparta dan Amirdagh. Pada 11 Januari 1960, Said Nursi melawat Angkara buat kali terakhir. Beliau menyampaikan khutbah penghabisannya. Pada 3 Mac tahun yang sama, beliau tiba di Urfa. Berita ketibaannya itu diketahui oleh rakyat jelata. Mereka keluar beramai-ramai menemuinya. Beratus=beratus orang naik ke bilik Said Nursi untuk mencium tangan berliau. Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa Urfa pula tiba. Mereka cuba untuk menghantar Said Nursi balik ke Amirdagh tetapi tidak berjaya kerana beliau demam teruk sehingga tidak mampu berjalan jauh. Pada jam 3.00 pagi, kira-kira 20 hari berikutnya, Badiuzzaman Said Nursi melepaskan nafasnya yang terakhir. Jenazahnya dikebumikan di Dergah Khalilur Rahman, Urfa. Seisi alam berduka dengan pemergian tokoh pejuang ulung itu. Sumber Abu Hikmah Al-Husni.