Lagu 'Bangau oh Bangau'

Sunday, March 1, 2009

Lagu Bangau oh Bangau
Cuba anda berlagu ketika membaca liriknya di bawah ini.

Gambar ini saya temui ketika saya membuka album-album lama saya dan
ia diambil ketika saya dan keluarga melawat zoo Singapura dlm tahun 80an.
Kemudian ia dijadikan bahan blog saya kali ini.

Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x

Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x

Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x

Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x

Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x

Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x

Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Prof Dr As Sayyid Muhammad AlMalikky Al Maky Al Hasany
sedang menandatangani buku lawatan ketika beliau menziarahi
saya dalam tahun 80an. Allahumma Fighlahu warhamhu...

Kesimpulan dari lirik lagu yang tersebut di atas ialah: Bangau menyalahkan ikan, ikan menyalahkan rumput, rumput menyalahkan kerbau, kerbau menyalahkan perut,kemudian perut menyalahkan nasi.Demikianlah seterusnya,sering menyalah di antara satu sama lain tanpa ada penyelesaian. Sebenarnya watak-watak binatang dalam nyanyian tersebut tidak lebih daripada simbolik dari jelmaan di antara watak manusia yang suka menyalah orang lain, terutama kepada orang yang berkuasa. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam dunia hari ini.

Dr. A’idh al-Qarni menulis dalam bukunya La Tahzan seperti berikut:
قال أحد الصالحين لابنه : لا تكن يا بني رأسا فإن الرأس كثير الوجاع. والمعنى: لا تحب التصدر دائما والترؤس فان االانتقادات والشتائم والاجراحات واالضرائب لا تصل الا إلى هؤلاء المقدمين.
Ertinya: “ Berkata salah seorang orang yang salih kepada anaknya: “ Janganlah anda menjadi ketua/pemimpin kerana menjadi ketua terpaksa banyak menahan lapar Maksud dari ucapan tersebut ialah jangan menonjolkan diri ingin menjadi pemimpin kerana keritikan,umpatan, penghinaan dan serangan selalu dituju kepada mereka yang berada di barisan hadapan.

Memang demikianlah lumrahnya cabaran yang dihadapi sebagai seorang Pemimpin. Sebagai buktinya, lihat sahajalah tentangan dan cabaran yang di lalui oleh para Nabi seperti Nabi Nuh,Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa’ a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga mereka mendapat gelaran Uluh’Azmi. Kata orang kepada pemimpin dan kepada mereka yang bakal bergelar pemimpin: “ Kalau takut dilambong ombak,jangan coba berumah di tepi pantai”

Sebagai manusia biasa kalau ramai orang menuding jari kepada diri sehingga olah diri mendedahkan nya menjadi pengatahuan umum, terimalah ianya sebagai tanda sayangnya orang ramai kepada diri miski pun cara luahan mereka tidak bertempat, jauh sekali dengan cara sopan dan beradab,lebih-lebih kalau nak bersemuka untuk menyatakan kesilapan diri-face by face-seperti sikap Nabi Musa dan Nabi Harun bila berhadapan dengan Firaun. Bermuhasabahlah. Sebagai manusia sifat ‘ismah dan maksum hanya ada pada para Nabi dan Rasul. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Dengan kata lain,sekiranya benar punca yang menjadi kemarahan itu ada, perlulah segera diperbaiki. Kalau tidak ada teruskan perjuangan, jangan peduli apa yang mereka kata. Namun demikian jangan dianggap sikap menyalahi orang lain dikatakan kerana lahir dari sifat cemburu dan hasad dengki semata-mata. Memang cemburu timbul dari masalah peribadi atau keperibadian seperti tidak senang melihat kemajuan orang lain tanpa mempelajari rahsia kejayaan mekeka suatu yang tidak wajar dilakukan tetapi sekiranya kecemburuan itu mnyebabkan orang ramai menuding jari kea rah diri sehingga menjadi gajala umum masyarakat, maka dalam hal ini saya pinjam kata-kata Dr. Nurkhalis Majid yang pernah saya berjumpa dengan beliau di Timur Tengah suatu masa dahulu ketika beliau kembali dari Amerika Syarikat dalam tahun 60an dalam perjalanan pulang beliau ke Indonesia dan beliau dianggap sebagai pejuang Liberialisme di Indonesia dan saya tidak melihat reputasi akhir beliau sebelom meninggal dunia, teringat saya dengan sebuah pesan hikmat, ada yang berkata, kata-kata Saiyidina Ali Ibn Abi Thalib iaitu

أنظر ما قال ولا تنظر من قال
Ertinya: Perhatikanlah apa yang dikatakan orang, jangan memperhatikan siapa yang mengatakanya”. Kata Allah Yarham Nurkhalis Majid; “ Kemewahan yang “halal” pun sudah cukup menjadi pelatuk untuk meledakkan kecemburuan sosial menjadi kekacuan sosial ; maka apatah lagi kemewahan yang tidak halal dan tidak legitimate, baik secara sosial, ekonomi,politik, dan lain-lain, maka kecemburuan itu akan lebih-lebih lagi mudah mendorong terjadinya kekacuan yang besar kerana menumpuknya berbagai faktor itu” maka perlulah ianya diberhentikan.

Mudah-mudahan firman Allah dalam surah: al-Israk:17:16 yang mafhumnya “ Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan keduhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadap nya perkataan (keputusan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya” menjadi peringatan kita semua.

Dalam ayat yang tersebut di atas, menunjukkan betapa kekayaan dan kemewahan menjadi kebangaan dan tidak terkendali dengan betul boleh menghancurkan sesebuah negeri. Orang yang berkuasa dalam sebuah negeri,menurut Dr Hamka mudah “mendapat kesempatan yang amat luas di sebabkan kekuasaannya itu” sehingga lupa dengan tanggungjawab sosial, lalu Allah perintahkan larangan menyalahgunakan kekuasan itu kepada mereka dan supaya mereka mematuhi undang-undang lebih dahulu daripada orang biasa supaya mereka menjadi contoh dan teladan. Biasanya tindak tanduk orang yang berkuasa mudah mempengaruhi orang biasa sebagaimana kata Saidina Ali r.a

الناس على دين ملوكهم
Ertinya: Orang biasa mudah dipengaruhi oleh cara hidup raja-raja/penguasa mereka” dan menurut Dr. Hamka lagi “tetapi perintah itu kerap kali mereka abaikan. Sebab kekusaan itu membuat manusia jadi mabuk kekuasaan sehingga tidak terkendali lagi oleh iman. Lalu berbuat fasiklah mereka. Lantaran itu banyak kaum yang hancur sesudah Nabi Nuh a.s.. Ia nya tidak mustahil akan berulang semula seandainya manusia yang berkuasa dan orang biasa juga berterus-terusan dengan segala macam kemungkaran, akan menerima padah yang serupa. Wal’iazu billah min zalik. Soalnya cuma soal masa. Macam time bom. Marilah kita bersama-sama membangun Negara sesuai dengan sibghah Allah/ Acuan Allah swt. Semuga Negara umat Islam semuanya terselamat dari kemurkaan Allah swt. Ameen Ya Rab-bal ‘alameen.