Baca Jangan Tak Baca:Bongkar Kalimah Allah dalam Bible dan risalah gereja…

Sunday, April 5, 2009

Apakah Sebenarnya Agenda Kristian Menggunakan Nama Allah Dalam Kitab Bible dan Risalah-Risalah mereka?

Mari kita ikuti penjelasan Haji Mohd.Farhan Abdullah Al-Hafiz @ Pastor Yohanes mantan penganut Kristian Ortodoks dalam majalah AL-ISLAM, keluaran April/Rabiulakhir 1430H.

Menurut Ustaz Farhan, penganut Kristian Ortodoks yang berpegang kepada Bible Perjanjian Lama (The old Testament), memang menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka, tetapi tidak di dalam Bible Perjanjian Baru (The New Testament) yang menjadi pegangan penganut Kristian Katolik, Lutheran, Anglikan dan lain-lain.

Bagaimanapun, sedar atau tidak, sememangnya golongan Kristian di Negara ini yang bukan bermazhab Ortodoks, telah pun menggunakan nama Allah termaurasmikan di dalam Bible mereka. Cuma hari ini, perbahasan timbul apabila mereka mahu menjadikan penggunaan nama Allah itu sebagai Tuhan mereka secara rasmi melalui undang-undang Negara,

Ustaz Farhan, menjelaskan perbezaan penggunaan kalimah oleh orang Islam dengan Kristian. Dalam ayat pertama surah al-Ikhlas disebut; "Katakanlah (Muhammad) Dialah Allah, Yang Maha Esa." Kita orang Islam menggunakan kalimah Allah sebagai Rabbul Jalil, Allah itu satu dan dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang mendengar suara yang lantang, “ELI ELI(Tuhan) menggapa engkau tinggalkan aku”.

Sehubungan dengan ini ustaz Farhan telah membangkitkan persoalan kepada Padery Jeery, mengapakah timbulnya perbezaan ini? Satu menggunakan Tuhan dan satu lagi menggunakan Allah? Apakah kerana terdapatnya perbezaan pandangan dan kekeliruan di kalangan penganut Kristian sendiri? Hal ini juga menurut Ustaz Farhan, akan menimbulkan kekeliruan tambahan pula jika ada yang baru ingin mempelajari serta mendalami agama Islam. Mereka yang membaca(Kejadian 1 ayat 1-3), sudah pasti akidahnya akan terpesong jauh.

Persoalannya menurut Ustaz Farhan, bagaimana orang Kristian hendak menggunakan kalimah Allah, sedangkan dalam masa yang sama mereka masih bertuhankan Jesus?. Apakah amalan agama dan akidah yang mereka bawa itu sama dengan perintah Allah kepada Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga Nabi Muhammad s.a.w? Apakah wajar mereka menggunakannya sedang dalam masa yang sama mereka ingkar pada Allah, mereka nafikan kebenaran al-Quran serta tidak tunduk pada kenabian Nabi Muhammad s.aw. sebagai Rasulullah yang terakhir?.

Kata Ustaz Farhan lagi, Bible yang ada pada hari ini juga bukanlah ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. dan ia pula bukanlah agama Allah. Ia adalah tulisan dan ajaran Paulus, Mathew, Lucas, Yahones semata-mata. Justeru, bagaimana pula penganut Kristian ini ingin menggunakan kalimah Allah di dalam kitab Bible dan risalah-risalahnya?.

”Mereka orang-orang Kristian tahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa, tetapi mengapa dalam masa yang sama mereka menyegutukan Allah s.w.t. dengan menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan serta turut mempertuhankan Ruhul Kudus”. Soalnya. Ustaz Farhan juga tertanya-tanya, apakah sebenarnya agenda Kristian yang bersungguh-sungguh ingin menggunakan nama Allah Yang Maha Suci ini di dalam kitab Bible dan risalah-risalahnya yang jauh menyimpang daripada ajararan Islam?.

Beliau juga mengajak kita meneliti dan memahami tulisan, George W.Peters dalam makalahnya, An Over-view of Missions To Muslim. Peters telah mengakui betapa besarnya pengorbanan seta tugas yang terpaksa mereka lakukan demi mengkritikan orang-orang Islam dengan ungkapan”…….(for those) who labored in blood, tears and sweat, and with prayer and paienc, in the muslim world…”

Dalam sebuah buku yang telah diterbitkan oleh Universites and Colleges Christian Fellowship di United Kingdom pada tahun 1981 yang diberi judul, Light on Islam : Reaching Out to Muslim Students In Britain, telah digariskan beberapa kaedah dan pendekatan umum yang cukup hebat untuk tujuan menawan orang-orang Islam agar memeluk agama Kristian. Antara isinya; “Terangkan tentang Jesus sebagai kalimah Tuhan, tidak sebagai anak Tuhan, kerana banyak masalah dan kekeliruan yang timbul”. Renung dan fakir-fikirlah……

Kami bertanyakan kepada Ustaz Fahmi, apakah orang-orang Kristian ini masih lagi aktif menjalankan gerakan-gerakan Kristianisasi terhadap orang-orang Islam?. "Ya" balas Ustaz Farhan. Tambah beliau lagi, “Mereka banyak mengedarkan risalah-risalah secara percuma. Malah komik yang menggunakan kalimah Allah pun ada, dibeikan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah. Di Sabah dan Sarawak pengedarannya lagi banyak”.

Ustaz Farhan menambah lagi, antara risalah-risalah yang paling banyak diedarkan adalah risalah yang berjudul “Rahsia Jalan Yang Lurus”. Risalah ini secara terang-terangan menggunakan kalimah Allah dan juga kalimah Basmalah di muka depan dan di dalamnya. Bagaimana kalau anak-anak dan saudara-saudara kita yang baru mempelajari agama Islam menerima dan membaca risalah-risalah seperti ini?

Ustaz Farhan menyimpulkan, “Jika orang-orang Kristian, ingin menggunakan kalimah Allah demi mencari kebenaran dan hidayah serta mencari Tuhan yang sebenar, maka hal ini boleh. Malah ini juga peluang untuk orang Islam melakukan kerja-kerja dakwah kepada orang bukan Islam. Tetapi, sekiranya tujuan menggunakan kalimah Allah ini adalah untuk mengelirukan, apatah lagi menunjukkan bahawa akidah Islam dengan Kristian adalah sama, maka wajib bagi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan segala cetakan Bible dan risalahnya yang menggunakan kalimah Allah”.

0 Komen: