Saturday, January 31, 2009
Dalam perjalanan balik itu saya terserempak dengan seorang remaja muslim berumur lebih kurang belasan tahun sedang memakai kemeja t-shirt seperti gambar yang tertera di atas. Saya terpanjat bukan kerana shirtnya sehingga secara sepontan terkeluar dari bibir saya ucapan Astarghfirullah dik kerana tulisan yang terpampang pada baju t shirt tersebut.
Kemudian saya mendekatinya dan bertanya sama ada dia faham atau tidak tulisan yang ada pada bajunya itu. Dia menjawab tidak faham. Dia memakainya kerana ibunya membelinya. Setelah saya jelaskan kepadanya apa yang tersirat pada tulisan tersebut berdasarkan pemahaman saya, akhirnya remaja tersebut bersetuju tidak akan memakainya lagi dan dia berjanji akan berjumpa dengan saya dan akan membawa bersamanya baju tersebut di atas permintaan saya, untuk saya ambil gambar nya ketika ziarah saya nanti. Selang beberapa jam selepas itu dia datang ke rumah dengan membawa baju tersebut.
Apa tanggapan dan pendapat anda mengenai tulisan yang ada pada baju tersebut? Mungkin berbagai-bagai pandangan atau pendapat yang dikemukakan tapi bagi saya ia lebih mempermosikan dan mendakyahkan doktrin ajaran kristian. Dalam hal ini siapa yang silap? Pada saya tentulah orang tuanya. Kesilapan tersebut sama ada kerana orang tuanya hanya menguasai ilmu fiqh sahaja tetapi cetek dalam bidang ilmu tauhid atau memang tidak mempelajari ilmu-ilmu asas syariah. Kalau begitu, mana mungkin dia dapat memperturunkan ilmu tersebut kepada anak-nya.
Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibubapa hendaklah menguasai ilmu-ilmu asas syariah agar dapat dijadikan panduan dalam mengharungi lautan hidup yang serba mencabar ini dan sekali gus dapat dibekalkan kepada anak-anak sebagai warisan kepada mereka. Dukacita, segelintir ibubapa tidak mengambil berat ilmu-ilmu asas tersebut, makanya tidak hairanlah kalau ibubapa sangat mengambil berat ilmu-ilmu lain(fardhu kifayah) selain daripada ilmu tersebut sehingga sanggup berbelanja lebih dengan mengadakan guru-guru tuition untuk anak anak mereka agar mereka dapat mengusainya, sehingga terjadilah apa yang terjadi kepada remaja yang memakai baju t shirt tadi tanpa dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah.
Dalam kitab “Ta’limul Muta’alim” disebutkan bahawa ilmu yang wajib dituntut terlebih dahulu adalah “Ilmu Hal” iaitu ilmu yang wajib dan pasti digunakan dan diamalkan oleh setiap orang yang sudah baligh seperti ilmu Tauhid dan Ilmu fiqh. Di dalam ilmu Tauhid yang wajib dipelajari lebih dahulu ialah mengenai keesaan Allah beserta sifat-sifat yang wajib dan yang mustahil, kepercayaan kepada Malaikat, Kitab-Kitab Allah, Para Rasul, Hari Kiamat dan beriman kepada qadar baik dan buruk semuanya dari Allah.
Kemudian di dalam ilmu Fiqh yang wajib dipelajari pula ialah ilmu ubudiah dan muamalah. Setelah menguasai ilmu tersebut baharulah mempelajari ilmu-ilmu lain (fardu kifayah)/ilmu mengurus kehidupan, tetapi bukacita orang lupa di dalam mendidik anaknya, sehingga belum lagi anaknya diberi pelajaran agama sudah ditingkatkan dengan ilmu-ilmu umum. Maka jadilah anaknya itu orang yang buta agama dan lalu meringankan kewajipan-kewajipan agamanya. Dalam hal ini orang tua perlu sekali membekalkan anak mereka dengan ilmu keagamaan sebelum seorang anak mempelajari ilmu ilmu umum.
Al-Quran dan pendidikan anak-anak
Dalam surah Luqman:31 bermula dari ayat 12 hingga ke ayat 19 terdapat nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Ini adalah isyarat dari Allah s.w.t. supaya setiap ibubapa melaksanakan pula pengajaran-pengajaran tersebut kepada anak-anak mereka sebagai amal jariah ibu bapa dan sebagai asset Negara demi pembanguan agama, bangsa dan tanah air pada masa hadapan. Firman Allah
” واذ قال لقمان لابنه وهو يعظه يبني لا تشرك بالله ان الشرك لظلم عطيم(13). ووصينا الانسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن اشكر لي ولوالديك الى المصير. (14) وان جاهداك على أن تشرك بى ما ليس لك به علمفلا تطعهما وصاحبهما فى الدنيا معروفا واتبع سبيل من أناب الًََي ثم الي مرجعكم فأنبئكم بما كنتم تعملون(15). يبني انها ان تك مثقال حبة من خرد ل فتكن فى صخرة أو فى السموات أو فى الارض يأت بها الله ان الله لطيف خبير(16) يبني أقم اصلاة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك ان ذلك من عزم الامور(17) ولا تصعر خدك للناس ولا تمش فى الارض مرحا ان الله لا يحب كل مختال فخور(18). واقصد فى مشيك واغضض من صوتك ان أنكر اللأصوات لصوت الحمير.(19)
Ertinya: Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganalah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”(13) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertamba-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (14) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan yang kembali kepadaku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (15) (Luqman berkata): Hai anaku, ssungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat sebiji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(16) Hai anakku, dirikan lah solat dan suruh lah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. (17) Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(18) Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesunguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.(19)
10 Pengajaran yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya. Yang akan saya huraikan di bawah pengajaran tentang tauhid.
1. Tidak mensyirikkan Allah - Mentauhidkan Allah sama ada dari segi zatnya, perbuatan, sifatnya, namanya dan beribadat selain kepada Allah s.w.t. Dan syrik adalah perbuatan yang amat zalim. Seruan mentaudhidkan Allah adalah matlamat utama para Rasulullah saw diutuskan. Rujuk surah Al-ambiyak:25, dan merupakan ajaran pokok dalam semua ajaran Islam sebagaimana penegasan Dr Abdul Karim Zaidan:التوحيد فى الاسلام هو كل الإسلام Ertinya: “Tauhid di dalam Islam merangkumi setiap aspek Islam itu sendiri. Setiap aspek dari ajaran Islam itu merupakan manifistasi daripada kalimah tauhid.” Rukun-rukun Islam yang lain dan ajaran-ajaran Islam seluruhnya, berpusat disekitar kalimah tauhid ini. kerana itu sambung Dr Abd Karim Zaidan lagi "فالتوحيد لب الإسلام وأساسه ومنه تنبثق سائر نظمه وأحكامه وأوامره ومناهجه وكل ما فيه عبادات وأحكامه يرسمه ويقويه ويثبته فى قلوب المؤمنين. Ertinya: “Tauhid itu hati bagi Islam dan asasnya. Daripadanya memancar seluruh sistem-sistem, hukum hakam, suruhan-suruhan dan method-methodnya. Setiap yang terkandung di dalamnya merupakan ibadah-ibadah dan hukum hakam yang mengukuhkan dan memperteguhkan Islam itu di dalam hati para mukmin”
Cara memurnikan Tauhid.
Bagaimana caranya untuk menjamin supaya pegangan Tauhid kita itu bersih daripada sebarang syirik supaya pegangan kita menjadi mantap,pemeliharaannya menjadi kukoh mencengkam kukoh akarnya,tegak batangnya,bercabang dahannya, merimbun daunnya sehingga dapat memayungi orang yang berteduh dibawahnya serta dapat pula memetik buahnya sebagaimana yang digambar oleh Allah swt dalam surah:Ibrahim:24-25. Caranya tidak lain seperti yang ditegaskan oleh Prof. Dr Yusuf Qardawi ialah dengan:
-Mengikhlaskan ubudiah kepada Allah swt iaitu
(1) Jangan menjadikan yang lain dari Allah sebagai Tuhan, mengagongkannya seperti mengagongkan Allah.Rujuk surah:Al-Anam:164)
(2) Jangan mengambil selain daripada Allah sebagai penolong (wali) dan mencintainyaseperti mencintai Allah. Rujuk S:Al-Anam:14)
(3) Jangan mencari hakim selain Allah, memberi ketaatan kepadanya seperti memberi ketaatan kepada Allah. Rujuk Surah:Al-Anam:114
-Mengkufurkan segala Thaghut iaitu:
(1) Dengan membersihkan ubudiah kepada Allah serta membersihkan hak keuluhiyyahan(ketuhanan) kepadanya baik dari sudut kebesarannya, kecintaannya dan ketaatannya.
(2) Mengkufurkan tahghut dan membersihkan diri dari apa yang disembah dan ditaati selain daripada Allah. Rujuk S:Al-Baqarah:256) Memelihara diri dari syirik dan menjauhkannya iaitu dengan mengetahui tentang semua jenis syirik, baik syirik kecil atau syirik besar, terang atau tidak dan membawa kepadan pembebasan diri dari setiap unsur syirik, berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh terjerumus ke dalamnya.
Bahaya Syirik
1.Dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah jika tidak bertaubat kepada Allah SWT sebelum ajal.Rujuk S: al-Nisa’4:48
2.Memusnahkan semua amal. Rujuk S: al-An’am:6:88
3.Menjatuhkan kemuliaan manusia, membuat jiwa tidak tenang dan membawa kepada kehinaan. Rujuk S:al-Haj:22:31
4.Kekal di dalam Neraka. Rujuk S:al-Maidah:5:72
5.Kezaliman yang amat besar. Rujuk S:Luqman:31:13
6.Kesesatan yang amat nyata. Rujuk S: al-Syu’ara’:26:97-98
0 Komen:
Post a Comment