Qatar

Sunday, January 25, 2009

Lawatan ke Doha Qatar dan perbezaan ketara dengan Malaysia. Alhamdulillah dengan izin Allah a.w.t. saya dan Hajah Husna(isteri) dan bisan dari Jasin Melaka Haji Abd. Jalil Morah dan isteri beliau Hajah Latifah telah selamat mendarat di lapangan terbang Doha Qatar pada 3 Dec 07. Penerbangan dari KL/Doha Qatar mengambil masa kira-kira 8 jam. Terima kasih yang tidak terhingga, Jazakumullah khairal jazak kepada anakanda Mohd. Zaim dan Jurina suami isteri kerana membiayai pemergian kami. Tujuan lawatan ke Qatar kerana untuk menemani cucunda Mohd. Irfan, Sarah Amirah dan Nur ‘Adilah ketika ketiadaan orang tua mereka kerana menunaikan fardhu haji.

Sebelum menjejaki kaki ke bumi Qatar selain untuk melepaskan kerinduan terhadap cucunda, sudah terpahat dalam hati kecil saya dengan doa’ mudah-mudahan diizinkan Allah, dapat menemui ulamak tersohor Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, di samping dapat melawat Station TV Al-Jazeera, Universiti Qatar, warga Malaysia di Qatar dan lain-lain lagi. Keluarga Malaysia yang berada di Doha kerana ususan pekerjaan dan sedikit sahaja pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Qatar boleh dihitung dengan sebelah jari sahaja, berjumlah hampir seribu orang.

Selama sebulan berada di Doha mulai 3 December 07-3 Januari 09 beberapa buah tempat yang telah di lawati. Gambarnya ada saya rakam insya Allah, akan saya siarkan dalam blog ini nanti. Ketika berada di Doha terasa semacam berada di Tanah haram di mana waktu solat ke waktu solat yang lain begitu pendek. Kemudahan tempat solat samada masjid atau musalla dengan mudah didapati. Jalan rayanya bersih. Pasar rayanya besar-besar. Sebut sahaja pasar raya yang ada di Malaysia, semuanya ada di Qatar. Barangan terlalu mahal samada alat-alat perabut rumah, barang makanan dan sebagainya. Sebagai contoh taugeh 1 kilo RM10.00. Lada hidup kalau musim tidak ada lada hidup satu kilo RM100.00.

Barangan tersebut diimpot dari luar. Bagi Qatari/warga Qatar, ianya tidak menjadi masalah kerana mereka terdiri daripada orang-orang yang berada. Begitu juga bagi pekerja-pekerja mahir dari Malaysia. Sewa rumah juga terlalu tinggi. Saya pernah ziarah rumah salah seorang pekerja dari Malaysia, yang menyewa rumah pangsa, biliknya cuma 4 bilik, sewanya RM15,000 sebulan.

Sewaktu saya berada di Doha kebanyakan masjid-masjid yang berada sekitar bandar Qatar banyak yang telah saya lawati ketika solat berjemaah dengan ditemani oleh anaknda Mohd. Zaim. Mula-mula saya hairan, kenapa muazzin-muazzin dan sekali gus menjadi imam waktu solat selain dari solat Jumaat, wajah orang Arab seperti orang melayu. Setelah saya tanya, rupanya mereka itu warga Indonesia yang bekerja secara kontrak dengan pemerintah Qatar. Kontak biasanya 3 tahun, boleh berbahasa Arab dan hafal quran tidak kurang 7 juzuk. Mereka tinggal dalam sebuah bilek (bujang) khas dalam masjid.

Ada perkara yang tidak ada di Qatar tetapi ada di Malaysia seperti minuman keras di jual berluas-luasa, kelab-kelab malam bercambah dan seumpamanya boleh didapati di mana-mana tempat. Sebaliknya di Qatar ia hanya boleh didapati di hotel-hotel dan di kelab-kelab yang mewah sahaja (tertutup). Dahulu warga asing tidak boleh memiliki harta alih dan tak alih kecuali sekarang ini. Itu pun bukan di semua tempat. Hanya di tempat-tempat yang dikhususkan sahaja seperti di West Bay Lagoon, Qatar Pearl dan di Lusail city. Mereka yang memiliki harta tak alih ditempat tersebut hanya layak mendapat resident permit untuk tinggal di Qatar dan bekerja di Qatar. Bayi-Bayi yang dilahirkan di Qatar tidak akan menjadi Qatari dengan sebab kelahiran mereka di bumi Qatar.

Qatar menurut maklumat yang saya dapati dari brochure penerangan/pelancgongan adalah seperti berikut:
Ibu Kota Qatar : Doha.
Bahasa rasmi: Arab.
Penduduk : 90% beragama Islam, menganut aliran sunni. Penganut-penganut agama lain diberi kebebasan mengamal ajaran masing-masing, sebagai contuh penganut Kristen dibenar mendirikan gereja mulai 2006,dan 2007. Dalam bulan mac 07 gereja pertama Cathtolic Church telah dengan rasminya didirikan. Namun demikian lambang Kristen tidak dibenarkan dipamer di halayak ramai.
Bilangan penduduk: Hampir 1 juta. 60% daripadanya pekerja2 asing. Selebihnya warga Qatar.
Pemerintahan: Monarki.
Amir Qatar: Shikh Ammad alkhalifah at-tani.
Perdana Menteri: Sheikh Hamad bin Jassim at-Tani.
Merdeka: 3 Sept 1971.
Hasil Qatar :Minyak dan gas.
Dataran Qatar :160 KM.
Taraf hidup penduduk Qatar lebih kurang dengan Negara-negara Eropah dan Barat.
Undang-Undang : Undang-undang Islam hanya dikuatkuasa dan dilaksanakan dalam batas undang-undang keluargaIslam, undang-undang harta pesaka dan sedikit sahaja dalam bahagian undang-undang jenayah.

0 Komen: