Monday, January 26, 2009
Syukur Alhamdulillah sewaktu berada di Doha Qatar kami telah berkesempatan melawat station TV Al-Jazeera. Urusan untuk membuat lawatan ke sana tidak begitu mudah kalau tidak ada hubungan yang baik dengan pegawai-pegawai atasan di station tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekalipun mengambil masa sedikit, akhirnya anaknda Mohd Zaim telah mendapat persetujuan kebenaran melawat.
Ketibaan kami dipintu gate disambut oleh pegawai yang bertugas. Setelah mengisi borang-borang yang berkenaan baharulah kenderaan kami dibenarkan masuk dan sebelom masuk kedalam bangunan station TV Al-jazeera sekali lagi kami diperiksa, miskipun pegawai yang bertugas ada bersama-sama dengan kami. Pemeriksaan agak ketat sedikit tidak lain, mungkin kerana faktor keselamatan dik kerana kelantangan dan telus dalam penyampaian berita. Kebenaran dan Keadilan memang menjadi musuh dan seteru kepada Iblis dan sepsis-specis yang serupa dengannya.
Sepanjang lawatan, kami telah di bawa ke beberapa buah bilik yang tertentu dan diperkenalkan oleh pegawai seranta yang menemani kami dengan pegawai-pegawai yang bertugas dan sempat berbual mesra dengan ketua Editor pemberita sekalipun singkat.
Menurut penerangan dari pegawai seranta dan juga dari maklumat lain yang saya dapati, TV Al-Jazeera mula beroperasi akhir tahun 1996 dengan sokongan material dan moral dari Amir Qatar, di mana Amir/Raja telah memberi dana 150 juta dollar Amerika tanpa mengharapkan apa-apa pulangan. Mulai sa’at itu Al-Jazeera menjadi saingan kepada siaran BBC dalam bahasa Arab. Apabila berlaku perselisihan station BBC dengan Kerajaan Saudi Arabia menyebabkan operasi BBC dalam bahasa Arab ditutup, maka banyaklah mantan staff BBC berpindah ke Al-Jazeera. Pada 15 November tahun 2006 saluran Al-Jazeera berbahasa inggeris mula ke udara. Dan kami juga dibawa melawat pejabat pentadbiran bahagian Bahasa Inggeris yang berlainan bangunan tetapi bersebelahan dengan Bahagaian Bahasa Arab. Saya senghaja bertanya dengan pegawai seranta bagaimana Al-Jazeera dapat berita yang sukar didapati oleh station lain, beliau menjawab dengan senyuman sahaja. Begitu juga dengan kakitangan pemberita dalam bahasa inggeris kerana pemberita-nya juga ramai dari matsalih. Beliau menjawab mereka bekerja secara propersional dan patuh kepada etika kewartawanan.Saya difahamkan logo Aljaeera itu kalau tak silap saya adalah direka oleh pemandu taxi samada melalui pertantandingan merika logo tersebut atau sebaliknya. Yang pasti ia adalah hasil idea dari seorang pemandu taxi. Logo tersebut menempati kedudukan top ten dari jenama-jenama logo yang ada sekarang ini.
Ketika Iraq diserang oleh tentera Amerika pada 3 mac 03, Al-Jazeera telah membuat liputan secara menyeluruh tentang serangan tersebut serta dengan komentarnya secara telus maka secara sepontan ianya tidak disenangi oleh pihak Amerika, lalu Amerika memerintah supaya memberhentikan siaran tersebut dengan alasan kerana “Masalah Keamanan” Kerana tidak tunduk kepada arahan tersebut, makanya pada 8 April 03, pejabat Al-Jazeera di Baghdad diserang oleh tentera AS sehingga mengorbankan nyawa seorang pemberita Al-Jazeera, Tariq Ayub dan mencederakan seorang lagi pemberita yang lain, pada hal pihak AS tahu tentang kedudukan pejabat Al-Jazeera. Perkara yang serupa juga pernah berlaku ke atas pejabat Al-Jazeera di Kabul pada 13 November 01 dengan alasan kekhawatiran mereka, Al-Jazeera diperalatkan oleh Al-Qaedah.
Sekarang Al-Jazeera telah mengembangkan sayapnya di beberapa buah negera, termasuklah di Malaysia. Dengan adanya Al-Jazeera maka sikap independennya dari segi politik, beritanya dapat disampaikan secara telus terutama berita berkaiatan dengan Timur Tengah di mana sebelom ini maklumat dan berita yang disampiakn oleh media Barat tidak seimbang dan tidak adil..
Media , samada media cetak atau sebaliknya mempunyai peranan yang besar dalam mempengaruhi pemikian massa, makanya kita sebagai penedengar,pembaca dan penonton mestilah bijak menyaringkannya sama ada sumber tersebut dari dalam negeri atau luar negera ,sesuai dengan saranan Allah dalam surah Al-Hujurat ayat:49:6
با أيهالذين أمنوا ان جاءكم فاسق فتبينوا أن تصيبوا قوما بجها لة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين”
0 Komen:
Post a Comment