Friday, April 10, 2009
Gambar hiasan. Di kiri saya Sdra.Nai'm. Di kanan saya sdra. Azrul. Sebelah kiri
Azrul sdra.Khairul. Terima kasih kerana bersilaturrahim ke rumah ustaz pada
9hb April 09, Khamis mlm Jumaat
Azrul sdra.Khairul. Terima kasih kerana bersilaturrahim ke rumah ustaz pada
9hb April 09, Khamis mlm Jumaat
Dr. ’Aidh Al-Qarni telah menyenarai tak kurang daripada 700 tips untuk menjadi orang yang paling bahagia. Di antara:
Mariati Roslan sebelah kiri Syifa. Di kanan Syifa Bonda Hajah Husna
dan paling kanan saya. Terima kasih kpd Mariati kerana sudi ziarah
ke pondok ustaz.
dan paling kanan saya. Terima kasih kpd Mariati kerana sudi ziarah
ke pondok ustaz.
- Keimanan menghapuskan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah kesengan yang diburu oleh orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang yang ahli ibadah.
- Terimalah Qadha yang telah pasti dan rezeki yang telah dibagi itu dengan hati terbuka. Segala sesuatu itu ada ukurannya. Kerananya ,enyahkan kegelisahan.
- Jangan menanti terima kasih dari sesama manusia. Cukuplah pahala dari Zat yang bergantung kepadaNya sesuatu. Tak ada yang harus anda lakukan terhadap orang yang membangkang,mend dan mendengki.
- Bersihkan jiwa dari dengki dan jernihkan dari iri.Keluarkan penyakit permusuhan dan perkecokan dari dalam jiwa.
- Buku adalah temanan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku,bersahabatlah dengan ilmu,dan bertemanlah dengan pengetahuan.
- Alam Raya ini di bangunan di atas sebuah keteraturan. Kerana itu ,pakaian, rumah,meja dan kewajipan anda harus dikerjakan dengan rapi.
- Anda harus berjalan-jalan dan berolah raga Jauhilah kemalasan dan ketidakberdayaan. Tinggalkanlah kekosongan dan pengangguran.
- Jauhilah dan kurangi makanan makanan perangsang misalnya, kopi dan teh dan hati-hatilah terhadap rokok,syisya dan yang lainnya.
- Ingatlah, bahawa Rabb sangat luas ampunannya, menerima taubat,mengampuni hamba-hambanya dan menggantikan kejahatan dengan kebaikan.
- Hiduplah bersama al-Quran, baik dengan cara menghafal,membaca,mendengarkan atau merenungkannya. Sebab ini merupakan ubat mujarrab untuk mengusir kesedihan dan kedukaan.
- Bacalah secara berulang-ulang la hawla wala quwwata illa billahi,kerana bacaan ini akan membuat hati menjadi tenteram,memperbaiki keadaan, membuat yang berat menjadi ringan, dan membuat Yang Maha Kuasa menjadi redha.
- Perbanyakkanlah membaca istighfar, sebab dengan istighfar akan ada rezeki, akan ada jalan keluar, akan ada keluarga, akan ada ilmu yang berguna, akan ada kemudahan dan akan ada penghapusan dosa.
0 Komen:
Post a Comment