Musibah Nyaris Menimpa ke atas diri saya

Monday, April 6, 2009

Dalam perjalanan pulang dari Ekosave Pasar Raya di Kota Kemuning pada petang 2hb mac 09 kira-kira 4 lebih petang, setelah membeli barang keperluan dapur bersama-sama dengan keluarga, tiba-tiba berhadapan dengan cuaca yang kurang baik di mana sebelUmya tidak sedemikian. Tiba-tiba ia berukar sebaliknya. Langit mendUng, diikuti dengan kilat dan petir sabung menyabung serta angin bertiup kencang, daun pokok bergugur-guguran di jalan raya.

Naluri fitrah semula jadi manusia terpanggil dengan sendirinya bila menghadapi kesulitan, lalu memOhon doa dari Allah swt agar di selamatkan dari musibah tersebut, maka terhamburlah doa dari kami sekeluarga termasuklah doa bila berhadapan dengan hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Doa ketika hujan turun dengan lebat doanya, "Allahumma Saiyiban Na’fian” tiga kali dan doa ketika kilat dan guruh, "Allahumma Lataqtulna Walatuhlikna Bia’azibika Wa’afina Qabla zaalika”.

Kira-kira tujuh minit lebih kurang dalam perjalanan pulang, cuaca kembali seperti sedia kala, hanya hujan masih turun renyai-renyai membasah bumi. Bila sampai di seksyen 31, Jalan Anggerik Aranda Kota Kemuning seperti biasa juga kami sekeluarga coba meletak kereta di hadapan kedai phamarsi untuk membeli ubat. Tempat tersebut memang tempat biasa kami meletak kereta kerana terlindung dari panahan matahari kerana terdapat deratan pokok di situ. Apa yang terjadi, rupanya sebuah kereta jenis Proton Saga yang terletak di bawah pokok tersebut telah di hempap oleh sebatang pokok. Tragedi tersebut sempat saya ambil gambarnya dan saya abadikan dalam blog ini seperti yang anda lihat di atas.

Alhamdulillah tragedi tersebut tidak menimpa keluarga kami sebenarnya dengan takdir dan ketentuan Allah swt. Selagi Allah tidak mengizinkan dan menyertainya, ia tidak akan berlaku. Sama juga dengan perancangan jahat manusia ke atas hamba manusia yang lain, kalau Allah tidak memperkenankannya ia tidak akan berlaku sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata, "Aku pernah duduk di belakang Rasulullah saw, pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku, "Wahai anak!, sesungguhnya aku mahu mengajarkan kau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan pelihara mu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka mintalah dengan Allah. Apabila engkau minta pertolongan maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul memberikan manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan mu manfa’at kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat nescaya mereka tidak mampu memudharatkan mu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah tentukan untukmu. Pena telah diangkatkan dan lambaran telah kering dakwatnya”.

Namun demikian segala takdir Allah yang telah termaktub dalam luh mahfuz boleh dielak dengan izin Allah swt juga, iaitu dengan amal salih, sebagaimana hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sadaqah itu dapat menolak bala’ Allah swt." HR Termizi. Begitu juga ia boleh dielak dengan izin Allah juga melalui doa yang kita baca. Doa ini selain banyak terdapat dalam kitab-kitab yang lain, juga terdapat dalam kumpulan Makthurat yang dipetik daripada alquran dan hadis kemudian disusun atur melalui urutan nombor oleh As-Syahid Hassan Albanna. Al-makthurat ini pun sudah ada kedengaran tuduhan ianya termasuk perkara yang bida’ah. Di antara doa yang disarankan oleh Rasulullah saw kita membacanya adalah "Bismillah hillazi La Yadhuru ma’as mihi syaiun fil ardhi wala fis sama’aie Wahuwas sami’ul ’alamin” Ertinya dengan nama Allah, tidak dapat sesuatu pun yang memberi mudharat di bumi dan tidak juga di langit kepadaku dengan berkat namanya, dan Allah amat mendengar lagi amat mengetahui.” Kelebihan doa ini ada diriwayatkan daripada Uthman bin Affan RA mana-mana hamba Allah yang membacanya tiap-tiap pagi dan tiap-tiap petang hari sebanyak tiga kali maka tidak akan dibahaya akan dia oleh sesuatu apa juapun. Hadis ini riwayat Abu Daud dan tirmizi. Wallau aklam bissawab.

0 Komen: