Qualiti VS Quantiti

Friday, February 13, 2009

Qualiti VS Quantiti

Dalam sebuah Negara yang berbilang kaum atau bilangan penduduk muslimnya kecil dibanding dengan penduduk lain-lain bangsa dan agama atau bilangannya lebih kurang sama atau lebih sedikit sering kita diperingatkan supaya bijak bertindak seumpama menarik rambut dalam tepong, maka lahirlah dari pengucapan mereka semacam untuk menakut-nakutkan: “Bilangan kita tidak begitu ramai. Jangan berpecah belah nanti kita diperintah orang.” Peringatan semacam ini jelas bercanggah dengan fakta sejarah perang Badar di mana bilangan kaum muslimin bukan sahaja sedikit malah dari segi kelengkapan alat-alat senjata perang mereka juga tidak lengkap tetapi mereka menang, seperti dijelaskan oleh Allah “كم من فئةقليلة غلبة فئة كثيرة بإذن الله والله مع الصابرين” Ertinya: Berapa banyak golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan sesungguhnya Allah adalah beserta dengan orang-orang yang sabar.” (S:al-Baqarah:2:249).

Demikian juga sebaliknya, bilangan yang banyak tidak menjamin kemenangan kaum muslimin seperti peristiwa Perang Hunain yang menyebabkan tentera kaum muslimin hampir kalah padahal bilangan mereka berlipat ganda kalau dibandingkan dengan tentera kaum Quraish. Firman Allahويوم حنبن إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الآرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين” Ertinya: Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu menjadi congkak, bongkak, sombong kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tdak memberi manfa’at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu. Kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai berai.” (S: at-Taubah:9:25).

Jadi, bukan bilangan banyak dan sedikit yang menentukan segala-galanya tetapi kata Al-Marhum Dr Hamka, “Yang penting bukanlah banyak dan sedikitnya bilangan tetapi teguhnya keyakinan dan baiknya pimpinan.” Benarlah sabda Rasulullah saw ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat baginda “قال بل انتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاءالسيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله فى قلوبكم الوهن فقال قائل : يا رسول الله وما الوهن ؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت”Ertinya: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya “ Apakah wahan itu hai Rasulullah?”. Nabi menjawab “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. CINTA DUNIA bermakna tamak,rakus, bakhil dan tidak mau menderma harta ke jalan Allah, manakala TAKUT MATI bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi alam akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.(Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi)

Memang tidak dinafikan bahwa perpaduan itu salah satu unsur kekuatan dalam Islam tetapi kekuatan dalam Islam ada peringkat-peringkatnya. Ia perlu mengikut tertib,urutan nombornya,tidak boleh melangkah apatah lagi hanya penekanan dari segi perpaduan sahaja dengan mengabaikan unsur-unsur kekuatan yang lain. Tidak mengapa kalau ianya dilakukan secara serentak; tiga dalam satu umpamanya.

Hal yang tersebut dapat difahami dari peringatan al-Marhum Mustafa Masyhur kepada generasi muda yang coba menggunakan kekuatan senjata setelah sekian lama mengalami kepayahan dan keperitan dalam perjuangan sebagai jalan pintas untuk mencapai matlamat miskipun ia membahayakan diri dan gerakan . Apa kata Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq-Ad-Dakwah”فان أول درجة من درجات القوة،قوة العقيدةوالايمان ، ويلى ذلك قوة الوحدة والارتباط، ثم بعدهما قوة الساعد والسلاح حينما لا يجدى غيرها”Ertinya: Kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan dan akhir sekali kekuatan tangan dan senjata itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain”

Asas kekuatan perpaduan.

Asas perpaduan dalam Islam tidak mungkin dapat dihasilkan menerusi harta benda, kedudukan, dengan menabur seribu janji, dengan limpahan projek mewah dan tak mewahnya.Ia hanya bersifat sementara,kerana semuanya itu adalah benda. Manusia dengan hatinya tidak pernah puas dengan harta benda sekalipun dia telah kaya raya kecualilah setelah dia meninggal dunia kerana kebendaanlah manusia sanggup menzalimi di antara satu sama lain, sanggup menjual maruah, melakukan rasuah sama ada dalam dunia perniagaan atau dalam dunia politik yang sekarang ini lebih dikenali dengan POLITIK WANG dan sebagainya semata-mata kerana benda. Firman Allah “لو أنفقت ما فى الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله ألف بينهم ، إنه عزيز حكيم”Ertinya: Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang berada di bumi; nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (S: al-Anfal:8:63). Dengan kata lain, melalui ayat ini, hanya Allah lah yang dapat mempersatukan hati manusia dengan Al-Islam. Hal yang serupa ditegaskan juga dalam surah al-Imran:3:103 واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا وأذكروا نعنة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذالك يبين الله لكم أياته لعتكم تهتدون”Ertinya: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai , dan ingatlah akan nikmat Allah kepada Mu dahulu (masa jahiliyah), bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada mu, agar kamu mendapat perunjuk” (S:ali-Imran:3:103)

Sebelum Nabi Muhammad saw diutus menjadi Rasul, situasi dunia pada umumnya adalah dalam keadaan kacaubilau (dark-ages) di segenap bidang kehidupan, baik di bidang politik, maupun di bidang ekonomi, sosial dan budaya. Di dalam bidang politik yang memegang tampok kekuasaan hanya di dasarkan kepada kekuatan senjata dan manusia (manpower). Di bidang ekonomi, terjadi penghisapan golongan kaya terhadap golongan lemah, sementara di bidang sosial bermahrajalela diskriminasi, neopotism dan sebagainya. Suasana beginilah yang digambarkan oleh Allah swt melalui firmannya ” ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذين عملوا لعلهم يرجعون” Ertinya: Telah timbul kerusakan (fasad) di darat dan di laut lantaran usaha tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, supaya mereka kembali (berhenti melakukan kesalahan”. S: Ar-Rum:30:41). Perkataan fasad dalam ayat yang tersebut di atas mempunyai makna yang amat luas. Di dalamnya tercakup pengertian: kerusakan, kebinasaan, kemerosotan, kehancuran, kekejaman, kebathilan dan sabagainya.

Dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjinakkan hati-hati mereka di mana dengannya dapat dirasai kenikmatan Islam. Dengan Islam, yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dimesra-mesrakan makanya perhubungan kerabat dan sebagainya dapat dihubung semula sebagaimana penjelasan Sayid Qutub dalam bukunya Ma’alim Fit-Thariq “وحين انبت وشيجة القرابة بين محمد صلعم وبين عمه أبي طالب، وابن عمه عمرو بن هشام (ابو جهل) وحين قاتل المهاجرون أهلهم وأقربأهم وقتلوهم يوم بدر حينئذ اتصلت وشيجة العقيدة بين المهاجرين والانصار ، فإذا هم أهل وإخوة، واتصلت وشيجة بين المسلمين العرب وإخوانهم : صعيب الرومى،و بلال الحبش، وسلمان الفارسى، وتوارت عصبية القبيلة، وعصبية الجنس وعصية الارض . Ertinya: Ketika putusnya hubongan kerabat di antara Nabi Muhammad saw dengan bapa suadaranya Abu Lahab dan saudara sepupunya Amr bin Hisyam(Abu Jahal) iaitu ketika orang orang Muhajirin sanggup bertempur di medan perang, menentang anak saudara, kaum kerabat dan sahabat handai mereka sendiri di medang perang Badar di ketika itu jugalah jalinan kekeluargaan terikat begitu erat di antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Mereka telah menjadi saudara dan kaum keluarga yang salin tulong menulong dan bantu membantu. Pada ketika yang sama juga tercantumlah rasa kasih sayang dan terbuhullah tali kekeluargaan di antara orang Muslim berbangsa Arab dengan orang-orang Muslim berbangsa lain…..Terjalin hubungan kasih mesra dan setia antara mereka dengan saudara mereka Saidina Suhaib berbangsa Rom, Salman berdarah Parsi dan Bilal berketurunan Habsyi(Negro); pecah berkecailah sudah rasa taksub perkauman dan asabiah, serta fanatik kekabilahan, perkauman dan kebangsaan serta tanah air tumpah darah.

Kesimpulan

Perpaduan dalam Islam tidak bermusim dan juga tidak dibatasi oleh sempadan geograpi, bangsa dan fahaman politik dan ia bukan sekadar laungan semata-mata untuk kepentingan peribadi. Islam yang menjadi paksi kepada kekuataan perpaduan itu ialah Islam yang syumul, Islam sebagai ad-din, Islam satu-satunya sebagai cara hidup sementara pendokongnya pula hendaklah memiliki akidah yang sahih, bersih daripada unsur-unsur syirik, mempunyai peribadi mukmin yang kuat ,yang berpengaruh, yang mampu merubah realiti yang rosak dan merosakkan, yang mampu merubah kenyataan yang buruk, yang mampu membangunkan umat Muslim yang baik.

Perkara ini bukan suatu perkara yang mustahil untuk dicapai. Ia boleh menjadi kenyataan dengan ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang dan dengan bacaan yang tepat agar sebarang tindakan tidak diambil kesempatan oleh musuh kerana matlamat anda adalah untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada Negara. Sebagaimana pernah saya perkatakan sebelom ini, mari kita sama-sama merobah persekitaran disekeliling kita yang mencemar akidah dan ibadah kita dengan masing-masing melibatkan diri dalam gerakan dakwah tanpa menunggu bila anda berkuasa.

Bermula lah dari sekarang dan ianya, insya Allah memudahkan laluan anda dan sesiapa sahaja jika diberi kepercayaan oleh pemimpin dan rakyat mentadbir negara dan pemerintahan. Budaya tentera dengan budaya pandakwah bila berhadapan dengan sasaran musuhnya tidak sama.Tentera bila berhadapaan dengan musuhnya di medan perang ialah membunoh musuhnya, sementara pandakwah dengan sasarannya bersikap dengan lemah lembut.لا إفراط ولا تفريط Ertinya: Jangan terlalu keras sehingga mudah dipatahkan dan juga jangan terlalu lembut sehingga mudah dilenturkan.

Prof. Dr Yusuf Qardawi bimbang dan khuwatir dengan goyahnya perpaduan di kalangan kaum Muslimin demikian juga semakin menjauhlan diri dari Allah swt pada hal kedua-duanya adalah faktor kekuatan kaum muslimin. Bila kedua-dua benteng ini rapuh dengan sendirinya musuh akan menjadi kuat. Kekhawatiran beliau di ini tergambar dalam kata-kata beliau seperti berikut: “أنا لا أخشى عليكم من أعداءكم ، بل أخشى عليكم من أنفسكم . لا أخشى عليكم الإنجليز ولا الأمريكان ولا الروس ولا غيرهم ، وإنما أخشى عليكم : 1 أن تتخلوا عن الله ، فيتخلى الله عنكم. 2 أو أن تتفرقوا فيما بينكم، فلا تجتمعوا إلا بعد فوات الفرصة.Ertinya: “Saya tidak mengkhawatirkan kalian dari musuh-musuhmu, tetapi saya mengkhawatirkan kalian dari dirimu sendiri, tidak mengkhawatirkan kalian dari orang Inggeris, Amerika, Rusia dan lain-lainnya. Saya mengkhawatirkan kalian dari dua hal:

1. Kalian membiarkan Allah, sehingga Allah membiarkan kalian.
2. Kalian bercerai berai, dan tidak bergabung kecuali setelah kesempatan berlalu.

0 Komen: