Mari!!! kita berdakwah

Sunday, February 8, 2009

Mari !!! kita beramai-ramai

bergiat dalam Badan Dakwah secara berkumpulan

Melalui pengalaman dan pengamatan saya dan mungkin juga saudara, terdapat segelintir di kalangan orang Islam yang kurang berminat melibatkan diri dalam badan dakwah, sama ada kerana lebih selesa bergiat dan bergerak secara individu, merasa lebih bebas bergerak sendirian atau tidak mau terikat dengan disiplin organisasi atau berorganisasi akan menjadi beban ke atasnya sama ada dari segi tanggungjawab, wang ringgit dan masa atau tunggu dan lihat atau dia mendapati tidak ada keuntungan dari segi kebendaan bila mengganggotainya atau bimbang dengan tekanan pihak-pihak yang tertentu atau dia melihat badan dakwah tidak menjamin masa depannya atau dia melihat badan dakwah dengan kaca mata hitam atau dia belum bersedia lagi berdakwah kerana masih nak santai atau belum ada ilmu atau urusan keluarga sendiri belum selesai atau diri belum bersih dari perbuatan-perbuatan negatif atau beranggapan berdakwah tanggungjawab para asatizah/guru-guru agama sahaja atau sememangnya dia tidak jelas tentang kepentingan Jemaah dalam melakukan sabarang amal dan kegiatan dalam Islam dan sebagainya.

Berbeza dengan masyarakat yang di luar Islam, mereka begitu aktif melakukan amal dan kegiatan melalui organisasi. Ini boleh kita rujuk dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan., di mana menurut rekod yang ada di Pejabat Pendaftar Pertubuhan, memang banyak pertubuhan bukan Islam yang berdaftar di bawahnya. Sekalipun nama dan bidang fokus pertubuhan-pertubuhan mereka itu berbeza di antara satu sama lain tetapi matlamat mereka, selain daripada memudahkan mereka bergerak dalam masyarakat dan juga supaya Pertubuhan mereka tidak dianggap sebagai pertubuhan yang illegal dan gerakan surbersif, dan juga mereka mampu mengursukan perancangan dan pentadbirannya dengan terancang, juga membolehkan mereka mendapat peruntukkan dan bantuan material dari pihak Kerajaan dan juga dari syarikat-syarikat swasta jika ada.

Saya mengingat diri saya dan sesiapa sahaja sama ada mari kita sama-sama ikut serta dalam aktiviti-aktiviti dakwah kerana dakwah pekerjaan yang mulia yang diwariskan oleh Rasulullah saw kepada kita semua. “Kedudukan seorang da’i menduduki tempat yang tertinggi dibanding dengan pekerjaan yang di luar rangka dakwah islamiah. Firman Allah yang mafhumnya “Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih dengan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (S:Fussilat:22). “Sekalipun pekerjaan seseorang itu nampak hebat dan gah, namun pada hakikatnya ia tidak punyai nilai jika kegiatannya itu di luar rangka dakwah dan amal salih. Kegiatan para penulis, pensyarah, ahli akademik, ahli politik, orang-orang profesional dan seumpamanya jika tidak bercirikan “ da’a ila Lalah wa ‘amila saliha /tidak menyeru kepada Allah dan beramal salih sebenarnya adalah kegiatan-kegiatan yang kosong walaupun kedengaran hebat gema dan gegarnya”(Sidik Fadhil).

Insya Allah, mana tahu dengan izin Allah saudara salah seorang yang akan diamanahkan untuk memimpin sebuah kerajaan dan Negeri pada masa hadapan. Untuk itu saudara perlu memberi tumpuan kepada pembangunan manusia itu sendiri. “Pembangunan manusia jauh berbeza dari pembangunan sumber manusia. Pembangunan sumber manusia merupakan perancangan serta pengeluaran tenaga manusia dalam bidang yang diperlukan oleh Negara bagi suatu tempoh tertentu. Penekanannya lebih kepada aspek fizikal semata tanpa memberi perhatian sewajarnya kepada aspek rohani. Sebaliknya pembangunan manusia yang berasaskan Tauhid sudah tentu berbeza dari segi pembangunan rohaninya. Ia seharusnya mampu bertugas sebagai seorang professional dan melihat tugasnya sebagai ibadat yang boleh membawa ganjaran yang berfaedah baginya di akhirat. Segala yang bertentangan dengan syariah akan diketepikan dan hanya perkara yang dituntut oleh syariah akan dilaksanakan. Manusia yang pembangunannya diseimbangkan antara jasmani dan rohani ini sudah pasti akan lebih peka kepada nilai-nilai murni dan etika yang mulia yang seharusnya mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan” (Dr Syed Othman al-Habshi)

“Pembangunan manusia” caranya ialah dengan membawa mereka ke Jalan Dakwah dengan resipi-resipinya-akan dijelas kemudian- yang telah sedia ada dan telah dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan telah terbukti kejayaannya seperti yang dilakukan oleh Rasullah saw ketika baginda berada di Mekah. Ianya menjadi tumpuan utama Rasulullah saw. dengan tidak menafikan keperluan-keperluan yang lain. Maju dalam kebendaan tetapi mundur dalam kerohanian akan melahirkan manusia kebendaan yang akhirnya ia seumpama membangun sebuah bangunan di atas padang pasir tanpa asas yang kukoh di mana ianya pada bila-bila masa boleh runtuh bila ditiup oleh angin.

Perkara yang di dakwah

Perkara yang ditekan oleh Rasulullah saw ketika menyampaikan dakwahnya di peringkat awal di Mekah seperti yang disenaraikan oleh Muhammad Ali As-Sabuuni dalam bukunya “ النبوة والأنبياءdan juga dalam kitab Fiqhus-Sirah, karangan Muhamad Al-Gazali di bawah tajuk إلام يدعو الناس؟Ertinya:Ke mana kita nak seru manusia?”. adalah seperti berikut:

1. Menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Esa dan Yang maha gagah perkasa. Tugas ini adalah tugas utama para Rasul dan memperkenalkan makhluk dengan khaliknya, beriman dengan keEsaannya dan beribadah semata-mata kepada Allah s.w.t. Firman Allah yang mafhumnya, “Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu, melainkan kami mewahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Tuhan yang hak melainkan Aku. Maka sembahlah olehmu sekalian akan Ku” (S:al-Anbiyak:21:25)

2. Menyampaikan apa yang diperintah dan ditegah oleh Allah swt. Firman Allah yang mafhumnya, “Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, apa yang diperintahkan itu, berarti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir” (S: al-Maidah:5:67)

3. Membimbing dan menunjuk manusia ke jalan yang Mustaqim. Firman Allah yang mafhumnya, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): “Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingat-ingatlah mereka kepada hari-hari Allah.” Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.”(S:Ibrahim:14:5)

4. Menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh teladan yang baik kepada manusia kerana Rasulullah saw adala manusia yang paling sempurna akalnya, paling bersih akhlaknya dan paling mulia kedudukannya. Firman Allah yang mafhumnya, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan banyak menyebut Allah.” S:al-Ah-Zab:21)

5. Mengingatkan manusia tentang hari kebangkitan dan kesudahan serta pembalasan yang amat pedih selepas kematian. Firman Allah yang mafhumnya, “ Hai golongan Jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu Rasul-Rasulmu dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuan mu dengan hari ini?. Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir.” (S:al-Anam:6:130)

6. Mengalih perhatian manusia dari kehidupan sementara (dunia) kepada kehidupan yang kekal abadi. (Akhirat) Firman Allah, “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya.” (S:al-Anam:6:32)

7. Di akhirat nanti manusia tidak dapat berdolak dalik lagi dengan alasan dia tidak tahu tentang ajaran Islam kerana tidak ada orang yang menyampaikannya pada hal Rasulullah saw telah menyampaikannya.. Firman Allah, “Mereka kami utus selaku Rasul-Rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya Rasul-Rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (S: an-Nisak:4:165)

Kebaikan Dakwah

Kebaikan dakwah, faedahnya bukan sahaja kepada da’ie itu sendiri, baik ketika berada di dunia ini mau pun ketika berada di alam akhirat nanti malah ia juga menyumbang kepada pembangunan dan keselamatan Negara serta memperkokoh dan mengekalkan kepimpinan umat Islam. Di antara dalil-dalilnya seperti berikut:

1. Negara makmur dengan nikmat dari langit dan bumi serta mendapat keampunan daripada Allah swt “Baldatun Thaiyibatun Warabun Ghafur”. Firman Allah yang mafhumnya, “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka itu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, kepada mereka dikatakan) : “Makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (S:Saba:34:15-16)

2. Memperkukuhkan kedudukan dan kepimpinan umat Islam. Firman Allah yang mafhumnya “ Ia itu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi.nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’aruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan” (S: al-Haj:22:41 ) Ibnu Taimiyah berkata: إنما نصب الامام ليأمر بالمعروف وينهى عن المنكر وهذا هو مقصود الولاية Ertinya: Sesungguhnya diangkat imam/pempimin itu ialah untuk menyuruh orang berbuat baik dan mencegah orang berbuat jahat dan inilah tujuan pemberian kekuasaan”

3. Menjadi umat yang terbaik. Firman Allah yang mafhumnya, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah .(S:al-Imran:3:110)

4. Menghindar kaum muslimin dari kebinasaan dan dari azab Allah swt. Firman Allah yang mafhumnya” Dan peliharadimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaannya” (S:al-Anfal:8:25)

5. Mendapat pahala yang besar dari Allah swt. Sabda Rasul yang mafhumnyaمن دعا الى هدى كان له من الاجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا

Ertinya: Barang siapa menyeru kepada petunjuk maka dia mendapat pahala seperti pahala-pahala yang didapat oleh yang mengikutinya, tidak berkurang sesuatu apapun”.

6. Menyambung tugas Rasul dan tanda cinta kepada baginda, Firman Allah yang mafhumnya , “Wahai nabi, Kami mengutuskan engkau sebagai saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk menjadi penyeru(da’ie) kepada Din(al-Islam) dengan seizinnya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi” (S: al-Ahzab:33:45-46) Dan firman Allah yang mafhumnya, “Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Imran: 3:31)

Berdakwah melalui Jemaah

Kepentingan berjemaah dalam Islam dapat kita buktikan melalui perintah solat jemaah lima waktu sehari semalam, kemudian solat mingguan; Solat Jumaat, kemudian Solat tahunan menerusi solat idul fitri dan solat idul adha dan juga melalui perhimpuan peringkat dunia, melalui ibadah Haji. Kemduian kata perintah dan suruhan kepada orang yang kedua/mukhaatab dalam kumpulan/jamak sama ada perintah melakukan perkara yang wajib atau perintah meninggalkannya kerana haramnya. Sebagai contohnya, firman Allah swt yang mafhumnya, “Dan tolong menolonglah kamu" dan dalam hadis yang mafhumnya, “Hendaklah kamu berada dalam jemaah kerana sesungguhnya perkumpulan/jemaah adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakaan siksaan.” (H.R. At-Thabrani) Perintah berjemaah dgn dalil hadis, mafhumnya, “Barangsiapa yang memecahbelah, maka ia tidak termasuk golongan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan perkumpulan dan sesungguhnya serigala hanya mau memakan kambing yang menyendiri” (H.R. At-Thaabari) . Di antara faedah-faedahnya ada dinyatakan oleh Prof Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya al-hillul Islami-Faridhah wa dharurah Di antaranya seperti berikut:

والواقع يرينا أن المرء قليل بنفسه كثير بإخوانه، وإن جهود الافراد مهما توافر لها من إخلاص، لا تستطيع أن توثر التأثير المطلوب لتحقيق الهدف المنشود،لانها ضعيف الطاقة، محدودة المدى،وقتية التأثير، وقد يكون الآفراد كثيرين،ولكن تعدد الاتجاهات،وأختلاف المسالك،وفقدان الربط والتنسيق بين العاملين ،يبعثر الجهود ويضعف من تأثيرها، أما العمل الجماعى ، فيضم الجهود بعضها إلى بعض، وينسق بينها،ويوجهها إلى خدمة الهدف المقصود،ويجعل من اللبنات الضعيفة بمفردها بنبانا مرصوصا يشد بعضه بعضا.

Ertinya: Realiti menunjukkan kepada kita, kerja seorang diri tidak banyak kesannya dibanding dengan kerja berkumpulan. Tenaga yang dicurahkan dengan usaha seorang diri, meskipun ikhlas tidak akan berkesan seperti yang diharapkan untuk mencapai matlamat kerana tenaganya terbatas dan kesannya sedikit, boleh jadi ramai yang melakukan-tanpa melalui organisai-tetapi berbagai-bagai hala tuju dan bermacam-macam jalan dan tidak ada ikatan dan penyelarasan di antara pekerja-pekerja dengan kerja yang dibuat (secara sendirian) usaha itu lemah untuk mencapaikan matlamat. Adapun kerja yang dilakukan secara jemaah/berorganisasi yang mengabongkan usaha tersebut dan diselaras serta diarahkan matlamatnya dan hala tujunya dan bata yang tidak kuat secara bersendirian (sebelum disatukan/di susun dengan batu bata yang lain) menjadi binaan yang kukuh saling kuat menguatkan.

0 Komen: