Wasiat Hasan Al-Banna

Friday, November 2, 2007

Wasiat Hasan Al-Banna

Oleh:Abbas As-Siisiy

Sauadaraku,

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski pun fenomena-fenemona kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Allah SWT berfirman, “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang yang tertindas di bumi (mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuwatirkan dari mereka itu” (al-Qasasa:5-6)


Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat sesuatu. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritainya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.


Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak mungkin berbuat apa-apa pada hari esok.


Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "Berhenti" dalam berjihad. Allah SWT berfirman, “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.” (al-Angkabut:69). Hanya Allahlah zat yang Maha Agong Baginya segala puji.

0 Komen: