Friday, November 2, 2007
Jawapan kepada pertanyaan si A
Perasaan jemu atau bosan memang lumrah di alami oleh semua orang, baik kaum lelaki maupun kaum wanita samada yang bergelar suami mau pun isteri, pelajar atau guru, pekerja maupun majikan. Jemu bukan sahaja berlaku dalam menguruskan pekerjaan harian malah berlaku juga dalam menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t. Punca dan sebab jemu berbagai-bagai sebab, bergantung dengan tugasan. Jemu seorang pelajar tentu tidak sama dengan jemu yang dialami oleh seorang pekerja. Demikian juga punca seorang suami jemu kepada seorang isteri sudah pasti tidak sama dan tidak semestinya ia dikaitkan dengan masa, lama atau baru. Ada pasangan yang baru berkahwin beberapa bulan bercerai berai, berbanding dengan pasangan yang bertahun-tahun lama mendirikan rumah tangga terus ceria dan bahagia.
Sebenarnya ia bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan perasaan jemu itu. Puncanya berbalik kepada persoalan anda, kalau suami berasa jemu kepada isterinya apa puncanya. Banyak sebab-sebabnya. Ada yang berpunca dari sejuknya perhubungan kelamin dan ada juga kerana sikap negatif sang isteri seperti suka melitir, terlalu demand, memandang rendah suami, bersikap kasar, cuai dalam menguruskan rumah tangga, tidak mahir dalam penyediaan makan minum, tidak menghormati keluarga suami dan lain-lain lagi.
Akibatnya perasaan cinta dan sayang suami kepada isterinya semakin sehari semakin luntur, bukan semakin sehari semakin sayang dan akhirnya menimbulkan perasaan jemu dan bosan si suami. Akhirnya kalau tidak bijak mengendalikannya menyebabkan perceraian atau si suami akan menjadikannya alasan untuk si suami berpoligami. Cara mengatasinya si isteri perlu sedia berubah ke arah kebaikan. Dalam hidup berumah tangga memang tidak sunyi daripada kesilapan dan kesalahan, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula manusia. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Yang pentingnya ada sifat berlapang dada, saling bermaafan di antara satu sama lain. Jangan kerana kesilapan kecil boleh mengoncangkan kerukunan rumah tangga sehingga tidak nampak kebaikan yang dilakukan oleh pasangan. Sekiranya si isteri menyedari ia telah melakukan kesilapan ia perlu segera meminta ma’af dan jangan mengulanginya lagi. Sekiranya kerap kali mengulangi kesalahan tersebut, apatah lagi kesalahan yang dilakukan itu perkara yang besar yang menyentuh marwah dan kesucian agama. Jika membiarkannya boleh menjadi dayus, ini yang menyebabkan si suami agak sukar untuk mema’afkan kesalahan si isteri. Kalau kesalahan-kesalahan kecil biasanya si suami sedia mema’afkannya. Memang ada kerana karinah negatif isteri yang berterus-terusan menjadi sebab suami mengugut malah tanpa ada ugutan pun ada suami yang terus berpoligami tanpa diketahui si isteri. Nasihat Kepada suami yang bercadang untuk berpoligami sebaik-baiknya perlu memahami dan menghayati surah al-Nisa' yang berikut: "Maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.” (An-Nisa': 4:3)
Dari segi ilmu usul fikh perkataan "Kahwinlah" bukanlah suruhan atau perintah yang wajib dilaksanakan dan jika meninggalkannya pula menjadi berdosa dan kahwin poligami juga bukan merupakan perintah sunat di mana kalau ianya ditinggalkan tidak berdosa dan melakukannya dapat pahala kecuali nikah bukan poligami ada ketika hukumnya sunat, wajib, makruh, haram dan mubah. Poligami bukan sunnah Nabi Sandaran bagi mereka yang berpendapat poligami mengikut sunnah Nabi tidak tepat kerana Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang tempoh berumah tangga dengan Siti Khadijah r.anha selama 28 tahun tidak pernah pun berpoligami. Kalau sunnah hukmnya sudah pasti Rasulullah saw melakukannya lebih awal lagi. Setelah dua tahun kewafatan Khadijah r.anha baharulah Nabi berpoligami. Dan perkahwinan Nabi dengan ummahat mukminin (Isteri-isteri yang dipoligami Rasulullah sa.w.) sekitar lapan tahun dari sisa-sisa hidup baginda. Kebanyakan mereka adalah janda, kecuali Aisyah,r.anha. Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w berpoligami bukan kerana perkara-perkara remeh temeh dan di dorong oleh nafsu sebaliknya kerana menghuraikan dan menyelesaikan persoalan sosial ketika itu. Makanya kahwin poligami bukan merupakan keistimewaan bagi kaum lelaki tetapi tanggungjawab yang berat dan hukumnya bukan perintah/suruhan/anjuran dan bukan sunnah tetapi mubah/harus tetapi dengan syarat mampu berlaku adil. Jika berkahwin juga dalam keadaan tidak mampu nikah tersebut sah tetapi dihukum berdosa jika tidak berlaku adil. Untuk berlaku adil dalam berpoligami perkara yang paling sukar sebagaimana ditegaskan oleh Allah dengan firmannya yang bermaksud, "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung:.(Surah-Nisa' 4:129). Suami yang tidak berlaku adil akan bergelimang dengan dosa dan di akhirat nanti separuh badannya akan lepas dan terputus, sebagaimana sabda Rasul yang mafhumnya, "Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak berlaku adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus."
Di antara syarat berpoligami dan akibat daripadanya jika tidak berlaku adil.
1. Sebelom berpoligami pastikan terlebih dahulu sama ada anda berupaya dari segi mental, spiritual dan berlaku adil dari segi penyediaan makan minum,tempat tinggal isteri yang sedia ada, isteri yang bakal dimadu, belanja perubatan, giliran bermalam, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Kalau tidak yakin atau anda ragu-ragu tidak akan dapat berlaku adil, fikir dua kali sebelum meneruskan cadangan berpoligami sekalipun anda melepasi syarat-syarat berpoligami seperti isteri anda mandul, berpenyakitan yang tidak membolehkan anda melakukan perhubongan kelamin dan sebagainya namun syarat keadilan tetap wajib. Kalau diteruskan juga hasrat berpoligami sedang anda tidak mampu berlaku adil, maka dikhuwatiri anda akan bergelumang dengan dosa setiap hari sekalipun anda orang yang ta’at mendirikan solat dan seumpamanya.
2. Boleh menimbulkan perasaan churiga menchurigai,hasad dengki di kalangan isteri-isteri yang dimadu. Demikian juga timbul iri hati di kalangan anak-anak juga.
3. Boleh menjejaskan ekonomi rumah tangga kerana terpaksa menanggung nafkah keluarga yang sedia ada dan isteri yang dimadu dan anak-anak yang bakal lahir.
4. Lumrahnya kehidupan berpoligami tidak ada keharmonian dan ketenagan dan akibatnya akan menjejaskan pertumbuhan minda dan pembelajaran anak-anak kerana sering berhadapan dengan karinah-karinah yang negativp yang dipertontonkan oleh ibubapa sehingga menyebabkan anak tidak berasa aman tinggal dirumah. Pengalaman mereka yang berpoligami.
Saya penah bertanya kepada mereka yang telah dan sedang berpoligami yang muda atau yang sudah berumur tentang pengalaman mereka berpoligami. Jawapan mereka, sesiapa yang hendak berpoligami kena fikir dua kali. Bagi mereka tidak ada kemanisan dalam bermadu. Banyak cabarannya samada dari segi kewangan,mental,emosi layanan dan sebagainya. Demikian juga saya dapati ada gulongan yang berpoligami bukan kerana alasan syarie sebaliknya kerana terpengaruh oleh ungsur-ungsur kebendaan seperti kecantikan luaran,pergaualan bebas, nafsu yang tidak terurus dan sudah terlanjur; kata P.Ramlee”Makan dahulu baharu baca doa selamat” Dengan kata lain kalau hendak berpoligami fikir dahulu samada sumber kewangan dah kuat, pendidikan anak-anak yang sedia ada sudah beres atau sebaliknya. Kena maklomkan kepada isteri.
Alasan-alasan untuk berpolgami mestilah berdasarkan syarak dan sebagainya. Kalau belom bersedia carilah jalan untuk menghindarkan diri dari berpoligami. Kalau ada masalah dari pihak isteri yang tidak menyenangkan perlu diselesaikan dan isteri pula sedia berubah. Kalau diteruskan juga niat tersebut ia tidak akan menyelsaikan masalah malah menambahkan lagi masalah sama ada dengan isteri yang sedia ada atau dengan isteri baru. Apatah lagi kalau berpoligami secara sulit tanpa kebenaran dari mahkmah menjadi kesalahan jenayah dan boleh di ambil tindakan undang-undang. Selain daripada perkahwinan tersebut kalau tidak didaftar perkahwinan tersebut tidak sah dari undang-undang dan perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan. Kalau berlaku perceraian, pihak isteri yang baru dikahwin tidak dapat menuntut apa-apa hak isteri yang telah diceraikan samada harta sepancarain atau hak-hak yang lain.
Begitu juga kelahiran anak sukar untuk didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain lagi. Seorang wanita yang dipujuk-pujuk oleh seorang suami supaya ia menjadi isterinya yang kedua berfikirlah dua kali supaya tidak menyesal di belakang hari. Di bawah sebahagian dari petikan undang-undang poligami di seluruh Malaysia.
a.Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati- a-bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandangkan kepada antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
b.Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang di cadangkan itu.
c.Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak dan d.Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Dari penjelasan secara ringkas dan tidak tersusun itu harap sekurang-kurangnya dapat menjawab pertanyaan anda. Wallahu aklam

0 Komen:
Post a Comment