Camp David : Perjanjian damai Mesir-Israel dan masalah Khilafiah

Friday, January 23, 2009

Dalam buku “Du’at La Bughah” (Pendakwah bukan Pelampau) tulisan Almarhum Ali Garisyah, terbitan Darul Buhus al-ilmiah, Kuwait ada memuatkan koresponden di antara Richard B. Mitchell dengan Ketua Bahagian Perkhidmatan Rahsia, Pusat Perisikan Amerika(CIA) di mana beliau telah mengemukan beberapa cadangan. Di antaranya dipertajamkan perselisihan faham orang Islam dalam masalah khilafiah di kalangan mereka supaya mereka mengalihkan pandangan mereka daripada isu yang lebih besar. Dalam kontek ini perjanjian Camp David yang menyentuh masa depan mereka.

Perjanjian camp David adalah merupakan asas perjanjian Perdamaian antara Israel-Mesir pada tahun 1979. Presiden Mesir Mohamad Anwar al-Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin yang menandatangani perjanjian tersebut, masing-masing mendapat Hadiah Novel Keamanan 1978. Presiden Jimmy Carter turut juga menerimanya pada tahun 2002 atas peranannya sebagai perantara dalam proses damai tersebut.

Pada mulanya pihak perisikan Israel mencadangkan supaya tindakan secara agresif perlu dilakukan ke atas kumpulan-kumpulan Islam terutama ke atas Pertubuhan Ikhwan Muslimin yang terdapat di negara-negara Arab dan juga di Eropah serta Amerika Utara. Cadangan yang serupa juga dibuat oleh Mamduh Salim ke atas kumpulan “Jemaah Takfir dan Hijrah” tetapi Richard Mitcheel mencadangkan sebaliknya kerana penghapusan seperti itu sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Presiden Nasir, menimbulkan rasa simpati majoriti orang Islam terhadap Jemaah Islam, malah mendorong para belia menyertai perjuangan mereka.

Kandungan surat Richard Mitchell yang saya olah secara ringkas, mencadangkan penghapusan kumpulan tersebut hendaklah dilakukan secara berhemat. Di antara cadangan beliau:

Hanya pemimpin-pemimpin tertentu yang berada di Saudi Arabia yang perlu dihapuskan dengan segera seperti Muhammad Qtub, Ali Garisyah dan Muhammad Ghazali. Dengan berbuat demikian akan melemahkan keyakinan, rasa kurang percaya di antara Ikhwan Muslimin dengan Kerajaan Saudi Arabia.

Lain-lain pemimpin yang sudah dikenal pasti untuk dihapuskan, lemahkan mereka dengan tawaran jawatan yang tinggi-tinggi yang mengiurkan dan juga projek-projek Islam yang tidak menguntungkan atau apa sahaja kerja-kerja yang membazirkan tenaga mereka. Sementara keluarga mereka pula disediakan dengan keperluan dan kemudahan secukupnya. Dengan cara ini mereka akan terpisah dengan massa/jemahir yang mendokong perjuangan mereka.

Bagi mereka yang berminat dalam perniagaan dan ekonomi tawarkan mereka dengan projek usahasama Syarikat Mesir dan Israel yang akan dibangunkan setelah perjanjian damai di antara Israel dan Mesir dimeterai.

Mengujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka dengan mengadakan perjanjian usahasama dengan Negara-negara Arab yang mempunyai minyak. Dengan cara ini akan menjauhkan mereka dari melakukan kegiatan-kegiatan Islam.

Bagi mereka yang berpengaruh di Eropah dan di Amerika cara menghapuskan mereka ialah dengan melakukan pekerjaan yang memaksakan mereka menumpu sepenuh tenaga mereka terhadap pekerjaan tersebut bersama-sama dengan orang bukan Islam, kemudian merosakkan mereka melalui institusi kita.

Menghabiskan tenaga mereka dengan kesibukan menerbitkan buku-buku Islam. Dan dalam masa yang sama diusahakan supaya penerbitan mereka itu tidak mendatangkan faedah.

Timbulkan rasa syak dan pertelingkahan di kalangan pemimpin-pemimpin mereka sehingga menghalang mereka daripada melakukan kegiatan-kegiatan yang berfaedah.

Serangan khusus ke atas para Belia.

Penghapusan secara halus ke atas para belia, Richard B. Mitchell mencadangkan seperti berikut:

Semangat juang para belia hendaklah dimatikan melalui ibadah ritual seperti upacara ibadat yang dilakukan oleh pempimpin-pemimpin Gereja supaya ia selari dengan perancangan yang telah disusun atur.

Mempertajamkan perselisihan faham dalam masalah khilfiah/perkara furu’/ranting supaya mengabaikan isu-isu yang lebih besar.

Mengalakkan serangan terhadap sunnah Nabi Muhammad saw serta sumber-sumber Islam yang lain.

Memecah-belahkan Perkumpulan Islam dan Jemaah Islam serta menimbulkan pertelingkahan dari dalam dan dengan jema’ah-jema’ah yang lain.

Menghalang kebangkitan Belia Islam dari komitmen mereka dengan ajaran Islam seperti berpakaian menutup aurat melalui media masa dan kebudayaan kuning.

Menyediakan secara berterusan institusi pendidikan mereka di semua peringkat untuk menghambat jemaah Islamiah dan seterusnya mengurangkan kegiatan-kegiatan nya.

Di akhir surat Richard tersebut, beliau mengharapkan sekiranya cadangan penghapusan ke atas kumpulan Islam di semua peringkat dipersetujui, beliau berharap tindakan segera seperti arahan-arahan kepada badan-badan yang berkaitan diambil tindakan segera dan pihak beliau bersedia memain peranan untuk melaksanakannya.

Tandatangan

Ricahrd B. Mitchell

0 Komen: