Sunday, November 4, 2007
Menurut pendapat ustaz Jalal Al-’Alim ada 9 cara yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk membenteras Islam dan umatnya. Kerja-kerja jahat mereka itu didasarkan kepada pelan-pelan berikut:
- Menghapuskan sistem pemerintahan Islam.
- Menghapuskan al-Quran kerana mereka menganggap al-Quran sebagai sumber kepada kekuatan Islam. Selagi mana al-Quran masih berada dan hidup di kalangan orang-orang Islam, maka ianya akan membawa kembali semula kepada kekuatan dan tamadunnya.
- Merosakkan akhlak umat Islam, minda dan hubungan mereka dengan Allah dan memberi peluang kepada hawa nafsu.
- Menghancurkan perpaduan umat Islam.
- Memencilkan orang Islam dari menghasilkan sesuatu dari industri pembuatan mereka dan harus diusahakan supaya umat Islam menjadi pengguna barang-barang barat.
- Merosakkan wanita-wanita Islam dan menggalakkan perlakuan sumbang di kalangan mereka.
0 Komen:
Post a Comment